PAS masih kalah daftar pemilih baru | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Selasa, Jun 07, 2011

PAS masih kalah daftar pemilih baru

Malaysiakini melaporkan:  
Kebanyakan PAS kawasan dan negeri masih belum mencapai penanda aras yang ditetapkan iaitu mendaftar 50 peratus anggota baru seperti yang dilakukan oleh Umno dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Pengarah Pilihan Raya PAS Datuk Abdul Halim Abdul Rahman berkata sekiranya perkara itu berlanjutan, ia agak sukar untuk memenangi pilihan raya umum ke-13 akan datang.
 
"Jabatan Pilihan raya PAS pusat telah mengeluarkan KPI (Petunjuk Prestasi Utama) sejak tahun lepas iaitu pertama, sekali daftar pemilih mesti 50 peratus.

Tetapi sehingga sekarang tidak nampak lagi 50 peratus.

"Kebanyakan kawasan masih belum mencapai sasaran. Jika perkara ini tidak diambil perhatian dan diperbaiki, adalah sukar untuk kita menang," katanya ketika menggulung perbahasan ucapan dasar Presiden pada Muktamar Tahunan PAS ke-57 di Taman Melewar di Kuala Lumpur hari ini.

Justeru, Abdul Halim menggesa semua perwakilan khususnya Dewan Pemuda dan Muslimat supaya melipatgandakan usaha untuk memikat golongan remaja yang layak mengundi mendaftar sebagai anggota sekaligus memastikan kemenangan pada pilihan raya umum tidak lama lagi.

"Orang muda ada 3.5 juta belum daftar, ini tugas pemuda, turun padang, turun kepada semua untuk membolehkan kita dapat peluang lebih besar.

"Kalau tidak kita susuli dengan gerak kerja, kita akan kalah. Selepas ini jangan cakap banyak, turun padang," katanya. - Mkini.
Kalau tengok kepada iklan SPR di TV yang masih suruh orang daftar sebagai pengundi, aku yakin pilihanraya takkan dibuat dalam masa yang terdekat ni.

Aku jangkakan PRU13 akan dibuat paling awal pun pada hujung tahun ni selepas dibentangkan bajek.

Kalau PRU13 dibuat dalam hujung tahun ni kita masih ada masa paling kurang pun sampai hujung bulan ni untuk gerakkan program secara besar-besaran untuk cari pengundi baru.

Jangan tunggu sampai masuk suku ke-3, takut tak sempat pulak. Kalau ada banyak bantahan mungkin rang daftar suku ke-4 takkan dapat disahkan untuk digunakan kalau PRU13 dibuat hujung tahun ni.

Aku takdak statistik yang terkini berapa sebenarnya yang PPS daftarkan tapi aku yakin perkembangan terbaru, pengundi bagu yang PPS dari UMNO daftarkan dah jauh mengatasi yang PPS dari PAS dan PKR daftarkan.

Maksud aku untuk kawasan yang majoriti pengundi melayu memang Umno yang daftar lebih banyak. Tu tak masuk lagi dengan 'kerja kotor' yang Umno buat daftarkan 'pengundi hantu.'

Macam di Perak contohnya, kalau tengok dari pecahan pengundi baru yang PPS daftarkan Umno sebenarnya dah boleh bernafas lega, memang tak heran kalau Umno berani kata depa mungkin berjaya dapat balik kerusi yang Pakatan Rakyat menang pasai memang depa dah berjaya tutup majoriti yang calon Pakatan Rakyat menang dengan pengundi baru yang depa daftarkan.

Cumanya depa pun mungkin tak berapa nak yakin pasai belum tentu yang mengundi Umno dulu akan tetap undi calon Umno PRU13 nanti. Macam tu jugak yang depa daftarkan belum tentu akan undi depa juga.

Apa pun, gerakan besar-besaran untuk daftarkan pengundi baru nak kena diteruskan jugak, malah kena lagi diperhebatkan. Kena cari jugak saki baki yang tertinggal, malah tak mustahil yang kata saki-baki yang tertinggal tu mungkin lebih banyak dari yang kita berjaya daftarkan sebelum ni.

Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...