Berkempen ada yang melanggar perlembagaan? | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Khamis, Jun 02, 2011

Berkempen ada yang melanggar perlembagaan?

MalaysianInsider melaporkan:
SHAH ALAM, 2 Jun — Nasharudin Mat Isa menegaskan beliau tetap akan mempertahankan kerusi timbalan presiden pada pemilihan sempena muktamar PAS pusat yang bermula esok meskipun ada khabar angin kononnya beliau telah pun memutuskan untuk menarik diri.

“Saya tetap bertanding. Khabar angin kata saya tarik diri, tidak benar. Apa-apa keputusan terserah kepada perwakilan,” kata timbalan presiden itu pada sidang media selepas merasmikan Muktamar Dewan Pemuda PAS pusat di sini malam tadi.

Khabar angin bertiup kencang sejak awal minggu ini mengatakan kononnya beliau sudah pun mengambil pendirian mahu menarik diri daripada persaingan dan ia akan diumumkan esok secara rasmi. - TMI
Aku harap khabar angin yang kata ada puak-puak yang buat kerja desak Ust Nasha tarik diri tu tak benar. Aku harap khabar angin tu hanya kerja jahat puak-puak pencacai pandy kutty nak porak perandakan PAS.

Aku harap kalau sekadar khabar angin, takdak perwakilan yang terpengaruh mempercayai khabar angin tu. Aku harap takdak perwakilan yang ambil cerita tu sebagai sebahagian dari input dalam buat keputusan sapa dia nak undi.

Kalau betul ada pihak buat kerja-kerja macam tu, Rasanya puak-puak tu menepati dengan kelompok yang Ust Nasruddin Tantawi yang kata ada pihak 'pengacau' dalam pemilihan kali ni macam yang dia sebut dalam wawancara dengan Utusan yang semua orang PAS setuju suruh boikot..

Berkempen dibenarkan dalam PAS, cumanya berkempen la secara sihat. Jangan bawa budaya politik kotor Umno pandy kutty ke dalam PAS.

Kalau hangpa nak kempen calon yang hangpa suka, berkempen la. Tonjolkan la ciri-ciri kelebihan yang ada pada pimpinan yang hangpa sokong. Cerita la apa pasai apa perwakilan perlu pilih pemimpin yang hangpa sokong tu.

Kalau pun tak berapa yakin calon pilihan hangpa akan menang jangan la main kotor. Jangan la sampai badi tekanan kepada calon yang bertanding supaya tarik diri. Jaga la sama martabat diri sebagai ahli jamaah, ahli parti yang kita anggap sebagai 'parti Allah' ni.

Dalam ghairah berkempen aku harap jangan la sampai ada yang melanggar melanggar perlembagaan.
FASAL 16. Hak-Hak dan Kewajipan Ahli :
(1) Hak-hak ahli ialah :
(a) Setiap ahli PAS berhak memilih dan dipilih untuk memegang mana-mana jawatan dalam parti dan boleh dicadang untuk mewakili parti.
(b) Setiap ahli PAS berhak mengundi dan diundi dalam parti mengikut ketentuan-ketentuan yang terdapat di dalam Perlembagaan PAS serta Aturan dan Peraturannya. - Perlembagaan PAS.
Apa pun, terima kasih kepada Ust Nasha pasai menjawab isu ni, meredakan 'fitnah' yang ditiup kencang. Cumanya aku tak berapa puas hati dengan jawapan Ust Harun Taib macam yang dilaporkan MalaysianInsider
Ketika dihubungi The Malaysian Insider kelmarin, desas-desus itu juga dinafikan oleh Ketua Dewan Ulama PAS Datuk Harun Taib sambil menyifatkan apa yang berlaku sekarang hanya sebahagian daripada kempen pemilihan. - Ibid
Bunyi macam merestui ja...

Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...