Pengeluar tenaga bebas (IPP) tidak mendapat manfaat daripada kenaikan dalam tarif elektrik semalam, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak.Cakap berbelit-belit ni tak lain tak bukan pasai nak kelentong rakyat la ni.
Ini berikutan pengenalan mekanisme 'Fuel Cost Pass-Through' yang mana syarikat minyak negara Petronas akan melupuskan sebahagian daripada keuntungannya bagi membolehkan sektor tenaga menghasilkan tarif elektrik yang rendah kepada rakyat,” katanya.
Purata tarif elektrik berkuatkuasa esok akan dinaikkan sebanyak 2.23 sen kilowatt sejam (kWj) atau 7.12 peratus kepada 33.54 sen/kWj daripada 31.31 sen/kWj.
"Dengan perkataan lain, ia terus kepada pengguna... Ia adalah sistem melalui tarif jadi tidak ada sesiapa yang bermanfaat,” kata Najib kepada pemberita semasa menghadiri Forum Tindakan Belia 2011 di Petaling Jaya.
Beliau mengulas soalan wartawan sama ada kerajaan akan mendedahkan perjanjian pembelian tenaga antara Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan IPP
"Kerajaan akan mengkajinya tetapi dari segi dasarnya IPP tidak mendapat manfaat daripada subsidi,” tegasnya apabila terus diasak wartawan. - Mkini.
Tak payah la susah-susah cakap sampai tergeliat lidah nak pertahankan kenaikan tarif elektrik, bukan makcik kat Felda faham pun. Bagi la hujjah hebat tara mana pun, kalau kenaikan ni menyusahkan rakyat tetap rakyat akan terasa kesannya.
Yang herannya, sapa pun tak kata IPP dapat untung bila tarif elektrik naik. Yang Najib bangang pi ulas sampai ke situ tu buat apa. Yang orang persoalkan pasai apa IPP dapat subsidi harga minyak dan gas lebih banyak dari yang rakyat dapat.
Lagi satu, yang orang tanya pasai apa kerajaan tak mau dedahkan perjanjian antara TNB dan IPP tu. Orang ramai yang syak perjanjian tu menguntungkan sebelah pihak saja. Untung belah IPP tapi merugikan TNB. Bila tak menguntungkan TNB, ketakmenguntungkan TNB tu akan dipindahkan kepada rakyat sebagai pengguina.
Kalaui takdak benda yang nak disorok dengan rakyat tentu dah kerajaan dengan senang hati dedahkan isi perjanjian tu. Tak payah susah-susah sampai tergeliat lidah nak bagi macam-macam alasan. Selesai masalah.
Masalahnya, betul ka Najib berani nak dedahkan perjanjian tu?
Malaysiakini melaporkan:
Kerajaan tidak boleh memaksa Perjanjian Pembelian Tenaga (PPA) didedahkan kepada umum kerana ia dimeterai oleh entiti swasta.
Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Peter Chin berkata PPA ditandatangani antara beberapa pengeluar tenaga bebas (IPP) dan Tenaga Nasional Berhad (TNB).
“Jadi, siapa kita untuk beritahu mereka supaya mendedahkannya?” katanya kepada Malaysiakini di Putrajaya.
PPA adalah kontrak undang-undang antara pengeluar tenaga dan pembeli tenaga.
Adalah kemungkinan PPA akan menghuraikan butiran seperti kadar dan harga bahan api yang dibeli oleh syarikat minyak dan gas negara, Petronas tetapi ia sekarang diklasifikasikan mengikut Akta Rahsia Rasmi.
Bagaimanapun menurut Chin jika kedua-dua pihak bersetuju mendedahkan dokumen berkenaan kerajaan akan menyokong langkah tersebut.
“Jika kedua-dua pihak (IPP dan TNB) bersetuju dan kata ‘kami mahu dedahkannya’ siapa kami untuk menghentikan mereka,” katanya selepas pelancaran bangunan baru Suruhanjaya Tenaga di Putrajaya. Hrkh.
Nota kaki makan cekam: Tanpa memang prejudis