Aku memang berusaha untuk terima keputusan tu dengan dada yang lapang, tapi masalahnya aku jenih payah nak terima kalau takdak hujjah atau alasan yang boleh aku terima.
Rata-rata member yang aku tanya bagi jawapan yang standard yang selalunya puak-puak yang anti UG atau anti geng Ganu guna. Aku langsung tak boleh terima jawapan macam tu pasainya aku tak fikir TG Presiden PAS tahap tu punya pemikiran, tak masuk dek akal langsung.
Mungkin jugak kut, aku takdak kawan rapat yang dari golongan yang percaya 'hanya ulama layak duduk di kerusi No.1 dan No.2 dalam PAS'. Mungkin golongan ni ada alasan atau hujjah pasai apa TG Presiden lantik jugak Cikgu Pa sebagai Setiausaha Agung.
Mintak tolong la, sapa-sapa yang ada alasan yang menasabah tolong la bagitau. Aku yakin bukan aku sorang ja yang nak tau tapi ramai lagi termasuk kalangan aktivis PAS, sungguh-sungguh nak tau supaya kami boleh terima keputusan tu dengan hati yang tenang dan tenteram.
Selain dari perlantikan Cikgu Pa, macam tu jugak perlantikan Ust Tuan Ibrahim sebagai Ketua Penerangan pun sedikit menghairankan aku. Aku tak berapa boleh nak bayangkan Ust Tuan Ibrahim sebagai Ketua Penerangan berbanding dengan sebelum ni Ust Idris dan sebelum tu Mahfuz jadi ketua Penerangan. Rasa macam tak berapa nak masuk nak lawan dengan Umno yang pandy kutty punya jenis.
Perlantikan Ust Halim Rahman sebagai Bendahari Agung pun sikit mengherankan aku jugak. Tapi sikit ja lah. Tapi aku malas nak komen la pasai bab-bab nak cari duit untuk jamaah ni memang aku sungguh-sungguh tak reti.
Tolong la kongsi sapa-sapa yang ada idea/hujjah/alasan yang boleh tenangkan hati orang-orang macam aku ni untuk boleh terima keputusan perlantikan tu dengan hati yang lapang. Takkan kut nak suruh semua ahli dan penyokong PAS jadi macam burung belatuk, angguk ja walaupun tak faham apa-apa kut.
Ataupun kena jadi macam sahabat nabi masa nak pi umrah tapi tak jadi tu kut. Masalahnya TG Haji Hadi tu bukan nabi tapi tak berapa masalah sangat kut pasai nabi sendiri kata ulama' tu pewaris nabi tapi masalah besarnya aku ni, jauh sejauh jauhnya kalau nak dikatakan sebagai pewaris sahabat nabi RA tu.
Lagi satu, secara keseluruhannya, aku tengok perlantikan tu nampak macam jadi anti klimax. Pada aku, hasrat perwakilan nampak sangat-sangat jelas, macam yang TG Presiden sendiri kata, keputusan pemilihan kali ni adalah 'kabinet pilihanraya'.
Bukan la maksud aku Cikgu Pa, Ust Halim Rahman dan Ust Tuan Ibrahim tak reti bab pilihanraya, depa memang cukup banyak pengalaman berpilihanraya malah mungkin yang paling banyak pengalaman berpilihanraya cumanya, macam yang MSO tulis dalam ulasan dia:
Kabinet Abdul Hadi tidak ubah seperti sebuah kereta baru tetapi pemandunya orang lama. Jadi kerana pemandunya orang lama segala macam peralatan canggih yang ada pada kereta itu tidak dapat dimanfaatkan sepenuhnya. Ini termasuklah untuk menggunapakai GPS. - MSO.Lagi satu, nampaknya betul macam yang Pak Bakar penarikbeca tulis:
Akhirnya, saya harap perlantikan beberapa jawatan penting dalam PAS hari ini akan meredakan sikit histeria Umno dan lembu kerbaunya yang nampak menggelejat sakan selepas pemilihan pimpinan PAS baru-baru ini. Saya tak perlu hurai apa-apa, banyak orang faham. - Penarikbeca.Berkaitan:
- Yang Tercantas dan Yang Dicantas - Khalid Samad
Nota kaki makan cekam: Tanpa memang prejudis