SELAYANG, 18 Mei: Pakatan Rakyat merampas 6, 532 keping VCD lucah yang kononnya dilakukan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika ia cuba disebarkan dalam majlis Solat Hajat di Stadium Selayang baru-baru ini.Patutnya kita heran, pasai apa masih ada yang berani edarkan video lucah tu. Bukan setakat berani edar, tapi berani edar di program Solat Hajat di Stadium Selayang anjuran Pakatan Rakyat yang memang ramai polis yang pakai pakaian seragam dan jugak yang tak pakai pakaian seragam.
Yang Dipertua PAS Selayang, Zaidi Abdul Talib dalam sidang medianya bersama Pemuda PAS dan Angkatan Muda Keadilan (AMK) berkata, yang menghairannya bagaimana penyebar VCD ini boleh terlepas dari tindakan polis kerana menyebarkan bahan lucah adalah satu kesalahan.
"Yang menghairankan saya mereka boleh edar VCD dan risalah tersebut secara terang-terangan walaupun program tersebut dikawal oleh polis dari petang sampai ke malam," kata Zaidi yang mempersoalkan kreabiliti polis yang bertugas pada hari berkenaan.
(Gambar: Anggota Unit Amal membawa sebakul VCD lucah yang dirampas ke balai polis untuk dibuat laporan...Gambar Farhan) - Hrkh.
Patutnya puak-puak celaka tu takut pasai Timbalan Ketua Polis Negara dah keluarkan kenyataan yang polis siasat video lucah tu di bawah Seksyen 292 Kanun Keseksaan yang menjurus kepada kesalahan mengedar dan mempamer video lucah. Dah sah-sah kalau kena tangkap depa pun akan didakwa sama dengan 3 orang Datuk tu.
Patutnya jugak kita heran, bukan setakat kepada puak-puak celaka yang edar bideo lucah tu tapi jugak kepada anggota polis yang ramai di program tu.
Takkan dalam ramai-ramai polis yang ada tu takdak sorang pun yang ternampak video tu disebarkan, takkan takdak sorang pun yang nampak video tu tergerak hati nak tengok video apa yang disebarkan tu. Tambah-tambah masih panas isu video lucah tu, takkan tak terfikir kemungkinan video tu video lucah yang didakwa lakonan Anwar Ibrahim.
Memang patutnya kita pelik sangat tapi aku tak rasa ada yang rasa pelik. Pasainya memang biasa sangat dah jadi macam tu.
Kalau bab yang menguntungkan Umno BN dan merugikan Pakatan Rakyat pihak polis ni memang cekap. Belum lapor pun akan ada siasatan dibuat.
Tapi kalau yang merugikan Umno BN dan menguntungkan Pakatan Rakyat, walaupun berpuluh-puluh laporan dibuat payah sangat nak tengok polis buat siasatan.
Pasai tu la orang yang sebarkan video lucah tu langsung tak takut dan pihak polis pun takdak nampak ada apa-apa tindakan.
Bukan aku nak tuduh semua anggota polis teruk. Memang ramai yang baik, yang nak jalankan tugas ikut undang-undang dan peraturan. Masalahnya ramai jugak yang tak berapa nak baik dan jalankan tugas tak berapa nak ikut undang-undang. Malah ramai jugak yang sentiasa bersedia untuk beraksi macam "si anjing Umno".
Dan yang jadi masalahnya untuk anggota polis, undang-undang yang paling utama adalah mengikut arahan ketua. Kalau ketua yang tak berapa nak baik dah keluarkan arahan kena jugak ikut walaupun bercanggah dengan undang-undang. Kalau dah diarahkan tutup kes, terpaksa la tutup kes.
Jadinya yang boleh Pakatan Rakyat buat pun, cuma setakat buat laporan polis lepas tu buat sidang akhbar dan kemudiannya sebarkan berita tu dengan harapan berita tu boleh sedarkan lebih ramai bakal pengundi dalam pilihanraya akan datang supaya tak mengundi calon Umno BN.
Setakat tu ja la... nak harap polis bertindak ikut undang-undang dalam kes yang melibatkan politik atau melibatkan ahli politik atau pun kes yang kemudiannya dilibatkan kabel orang politik, baik tak payah, buat sakit hati ja.
Cerita pasai sebar video lucah ni aku teringat masa hangat kempen PRU tahun 1999 di Parit Buntar dulu. Ada satu malam tu puak-puak celaka ni sebarkan tape video lucah yang katanya Anwar Ibrahim jugak jadi pelakonnya. Berbakul jugak la yang sempat dikutip dan dihimpun di markas besar.
Yang buat sakit hatinya esok pagi tinggal tak berapa keping sangat tape tu dalam bakul, banyak yang lesap. Tah sapa la yang kemaruk sangat ambik tape tu nak tengok, konon nak tengok sendiri betul ka dak rupa Anwar dalam video tape tu. (Aku tau, ada jugak sebahagian yang lesap tu depa tolong sebarkan di bawah projek X.)
Sama jugak dengan kes kemarin, cuma 6,532 keping saja yang berjaya dikutip. Aku yakin puak-puak celaka tu sebar lebih dari tu. Aku rasa paling kurang pun depa sebarkan 10,000 keping. Kalau 10,000 keping maknanya depa berjaya sebarkan 3,468 keping kepada sasaran.
Kesimpulannya, walaupun ramai yang rasa kita berjaya pasai boleh kumpul 6 ribu keping lebih video tu tapi sebenarnya puak-puak CELAKA tu masih berjaya sebarkan video lucah tu walaupun yang berjaya dikutip melebihi dari yang berjaya disebar.
Lagi satu kesimpulan dari cerita tu, puak-puak PAS pun ramai jugak yang masih teringin nak tengok video lucah walaupun depa tau tengok video lucah tu berdosa. Puak-puak PKR aku yakin lebih ramai lagi.
Pasai tu la, orang-orang macam aku ni berkerja keras nak pastikan Umno BN tumbang, moga-moga lepas Umno BN tumbang lubang-lubang ke arah buat dosa ni banyak yang tertutup. Walaupun teringin jugak, paling kurang pun peluang untuk buat dosa tu tertutup pasai payah nak cari. Nak kena berusaha sungguh-sungguh dan bersusah payah baru boleh jumpa.
Tapi kalau memang jenih ketagih benda-benda macam tu, buat macamana pun depa boleh cari jugak. Sama la macam dahah, walaupun hukumannya gantung sampai mati, ramai jugak lagi yang ditangkap mengedar.
Nota kaki makan cekam: Tanpa memang prejudis