Bernama melaporkan:
KOTA BAHARU, 25 Mei (Bernama) -- Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata beliau belum bersedia menerima cadangan DAP supaya semua negeri pimpinan pakatan pembangkang tidak membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) masing-masing jika pilihan raya diadakan pada tahun ini.Sebelum itu mStar melaporkan:
Menteri Besar Kelantan itu berkata belum ada keputusan diambil oleh pucuk pimpinan dalam pakatan pembangkang berhubung perkara itu.
Nik Aziz menganggap kenyataan DAP agar tidak membubarkan DUN itu sebagai satu kenyataan bersifat peribadi pemimpin itu, yang tidak mewakili pandangan parti.
"Sesiapa sahaja boleh mengeluarkan pendapat mengikut keperluan semasa dan kepentingan masing-masing.
"Itu adalah pendapat peribadi, saya tidak tahu sama ada ia diputuskan di peringkat pucuk pimpinan parti atau tidak, sebab itu saya sifatkan ia pendapat peribadi," katanya kepada Bernama di rumahnya di Kampung Pulau Melaka, di sini. - Bernama.
KUALA LUMPUR: DAP akan mencadangkan kepada pucuk pimpinan Pakatan Rakyat supaya kesemua negeri Pakatan tidak membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) masing-masing jika pilihan raya umum diadakan tahun ini.Memang dari satu segi, cadangan yang agak popular macam yang Guan Eng kata tu memang nampak menarik. Kerajaan negeri yang PR perintah tak perlu ikut rentak politik mainan Umno yang ikut suka depa bila nak bubar Parlimen dan Dun. Lagi pun, memang selama ni Pakatan Rakyat dok belasah Umno BN sebab rahsiakan tarikh pilihanraya umum.
Keputusan itu dicapai dalam mesyuarat Jawatankausa Eksekutif Pusat DAP di sini malam tadi.
Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, ketika mengumumkan keputusan tersebut kepada para pemberita pada pagi Selasa menegaskan, pucuk pimpinan parti itu lebih cenderung untuk tidak membubarkan DUN bagi membolehkan pemusatan tenaga dan jentera ditumpukan dalam menghadapi Barisan Nasional di peringkat parlimen.
Guan Eng juga berkata bahawa langkah itu juga akan dapat memastikan usaha Pakatan Rakyat untuk memenangi semula Perak dapat ditumpukan sepenuhnya. - mStar.
Dari sudut tu aku setuju kerajaan PR tak bubar Dun macam yang Umno BN buat selama ni. Memang patutnya PR bubarkan Dun yang depa kuasai dengan bagi tarikh pilihanraya lebih awal. Bukan bubar secara tiba-tiba.
Tapi dari sudut lain, aku setuju dengan pendapat TG Nik Aziz. Kalau pilihanraya di negeri yang PR perintah tak dijalankan serentak, kelebihan ada pada Umno BN.
Pasainya yang pertama jentera parti dalam PR di negeri-negeri berkenaan bukan saja perlu buat kerja 2 kali tapi kena keluar belanja dua kali. Di pihak Umno BN setakat ni aku tak nampak akan ada masalah sangat dengan dana. Walaupun mungkin dana depa tak sebanyak sebelum ni tapi masih jauh lebih mewah dari yang PR ada.
Yang kedua, dari segi tenaga kerja pun tak menguntungkan. Contohnya macam yang Guan Eng kata, untuk "memastikan usaha Pakatan Rakyat untuk memenangi semula Perak dapat ditumpukan sepenuhnya" sama juga di pihak Umno BN akan jugak dapat bagi tumpuan.
PRN Sarawak rasanya boleh dijadikan contoh, pilihanraya secara sendiri langsung tak menguntungkan Pakatan Rakyat. Walaupun nampak macam untungkan DAP tapi sebenarnya kemenangan DAP di Sarawak bukan sebab pilihanraya berasingan tapi sebabb orang cina memang hampir solid tak mau lagi sokong BN.
Aku harap sangat, pucuk pinpinan Pakatan Rakyat dapat fikirkan semula cadangan ni. Lagi elok kalau dibuat kajian secara terpeinci untung ruginya cadangan tu.
Untuk buat pilihanraya
Nota kaki makan cekam: Tanpa memang prejudis