Forum Perdana untuk dana pembinaan Masjid Parit Buntar | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Jumaat, Mei 06, 2011

Forum Perdana untuk dana pembinaan Masjid Parit Buntar


Sebelum ni aku ada tulis merayu kepada para dermawan untuk menderma kepada tabung pembinaan Masjid Pusat Bandar Parit Buntar. Untuk maklumat terpeinci pasai sejarah "hot" pembinaan masjid tu boleh baca kat entry aku tu.

Jawatankuasa pembinaan Masjid Baru Pusat Bandar tu akan menganjurkan satu Forum Perdana hari Sabtu malam Ahad ni untuk mengisi tabung pembinaan tersebut.

Katanya depa target untuk dapat kutipan RM50,000.00 pada program Forum Perdana tu. Program tu dianjurkan dengan kerjasama Pejabat Agama Islam Parit Buntar dan Sukarelawan Muslim Perak (SEMARAK) sebuah NGO.

Jadinya semua muslimin dan muslimat terutama sekali warga Parit Buntar dijemput beramai-ramai ke program tu. Sebelum pi tu kena pastikan bawak sama duit sebanyak yang boleh untuk bagi derma.

Katanya, di sana pun akan ada dijual lot-lot wakaf kalau tak silap aku. Berapa harga sekaki persegi aku tak semak pulak.

Lagi satu, inilah peluang terbaik kalau ada yang nak buat wakaf untuk allahyarham ibu atau ayah hangpa yang dah meninggal dunia.

Aku sebenarnya niatnya petang tadi nak pi ambil gambar masjid yang tengah di bina tu tapi terlupa. Cumanya setakat yang aku tengok sebelum ni kerja-kerja buat kerangka tiang dan beam nampak macam dah nak siap. Kerangka untuk kubah pun dah nampak tapi kubah tak bubuh lagi la, yang tu fasa ke 3 - finishing. Sekarang ni pembinaan dalam fasa ke 2.


Bagi yang tak boleh pi ke program Forum tu tapi teringin nak menderma, boleh salurkan terus ke akaun bank atas nama :

JAWATANKUASA PEMBINAAN MASJID PARIT BUNTAR
BANK MUAMALAT MALAYSIA BERHAD
(cawangan Parit Buntar)
0801-0001024-71-7

Bagi para penderma yang bermurah hati, kalau dah menderma dan nakkan resit, boleh hubungi:
  • Pengerusi   - Tn Hj Ahmad Ismail (016-4579879
  • Setiausaha - Tn Hj Md Yusof Md Sani (019-4212092)
  • Bendahari  - En. Mohd Said Jaafar (017-4161956)

Maklumat lanjut mengenai pembinaan masjid ni boleh ke Facebook

Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...