Berita 1. Utusan melaporkan:
KUCHING 19 April - Parti Kebangsaan Sarawak (Snap) hari ini mendakwa kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelagus miliknya dengan alasan calon Bebas, George Lagong yang menang di kawasan itu adalah ahlinya.Yang lawaknya, ada pulak kat belah bawah berita tu ditulis:
Presiden Snap, Edwin Dundang turut mendakwa George telah menyatakan pendirian untuk berdiri teguh dan berjuang bersama parti pembangkang itu.
"Meskipun menang sebagai calon Bebas, George kekal sebagai ahli parti ini. Beliau yang tidak dapat hadir hari ini membenarkan saya mengumumkan pendiriannya itu.
"Justeru, secara tidak rasminya Snap memenangi satu daripada 26 kerusi yang ditandingi," katanya pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) Snap di sini hari ini.
Pada pilihan raya negeri Sabtu lalu, George menewaskan calon Barisan Nasional (BN), Stanley Nyitar dan calon Parti Keadilan Rakyat (PKR), Edward Sumbang Asun dengan majoriti 2,837 undi. - Utusan.
Sementara itu, George yang dihubungi Utusan Malaysia memberikan kenyataan berbeza malah menegaskan masih belum membuat sebarang keputusan mengenai masa depan politiknya.
Katanya, beliau langsung tidak dimaklumkan mengenai statusnya sebagai ADUN Snap kerana berada di luar kawasan sejak tiga hari lalu.
"Saya ingin tegaskan, sama ada saya ahli Snap atau tidak, saya bertanding dan menang sebagai calon Bebas, bukan calon Snap," tegasnya. - Utusan.
Berita 2. Malaysiakini melaporkan:
Parti NasionalSarawak (SNAP), yang kalah teruk dalam pilihan raya negeri itu Sabtu lalu, menimbangkan untuk meminda perlembagaannya bagi membolehkannya melangkah ke persada politik peringkat nasional.Orang Sarawak pun tak mau dah sokong Snap takkan pulak ada orang Semenanjung nak sokong?
“Kami sedang menimbang pelbagai pilihan yang ada untuk kami membina gabungan, yang akan memastikan kestabilan halatuju dan tujuan," kata presidennya, Edwin Dundang.
“Ini mungkin termasuk kemungkinan mengadakan pakatan dengan parti-parti atau organisasi di luar Sarawak,” katanya selepas mesyuarat jawatankuasa eksekutif pusat parti itu (CEC) semalam.
“Dengan melakukan reformasi dalam parti, kami yakin SNAP akan muncul lebih kukuh dan lebih responsif sebagai sebuah organisasi politik,” tambahnya. - Mkini.
Takkan kut dia nak ambil kira cadangan Lim Kit Siang supaya Snap bergabung dengan Dap tu sebagai "melangkah ke persada politik peringkat nasional."
Kalau jadi bergabung dengan Dap tu maknanya Snap kena bubar dan semua ahli dia masuk Dap. Takkan la Dap nak ubah nama guna nama Snap pulak, langsung tak logik. Kalau dah Snap bubar, macamana pulak nak kata Snap yang melangkah pulak.
Memang lawak la bila Dundang ni berdendang.
Nota kaki makan cekam: Tanpa memang prejudis