Parit Buntar calonkan Mat Sabu Timbalan Presiden? | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Rabu, April 20, 2011

Parit Buntar calonkan Mat Sabu Timbalan Presiden?

Macam semua ahli dan penyokong PAS dah  maklum, Mat Sabu dah pun layak untuk bertanding sebagai Timbalan Presiden PAS. Untuk layak cuma perlu ada 2 pencalonan dari PAS Kawasan-kawasan dan Mat Sabu dah pun dapat pencalonan lebih dari 2. Mat Sabu pun dah sahkan yang dia bersedia untuk bertanding untuk jawatan tu.

Minggu lepas PAS Kawasan Beruas Perak bermesyuarat dan depa pun mencalonkan Mat Sabu untuk jawatan Timbalan Presiden PAS.
Mesyuarat Agung PAS Kawasan Beruas yang berlangsung hari ini sebulat suara mencalonkan Hj. Mohd Sabu untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden PAS dalam Muktamar PAS Pusat awal Jun depan. Turut dicalonkan untuk jawatan itu ialah Dato' Seri Hj Mohamad Nizar Jamaluddin dan Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man. Walau bagaimana pun cadangan untuk pencalonan dua tokoh ini ditarik balik oleh pencadang masing-masing selepas dibincangkan oleh beberapa orang perwakilan.

Berikut adalah keputusan pencalonan untuk tiga jawatan tertinggi PAS Pusat yang telah diputuskan oleh Mesyuarat Agung:
Presiden : Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang.
Timbalan Presiden : Tuan Haji Mohamad Sabu.
Naib Presiden 1 : Dato' Seri Hj Mohamad Nizar Jamaluddin.
Naib Presiden 2 : Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man.
Naib Presiden 3 : YB Salehuddin Ayub. - PAS Beruas
Dah berapa kawasan yang mencalonkan Mat Sabu untuk jawatan Timbalan Presiden setakat ni kita tak tau pasai tak banyak kawasan yang mengwar-warkan pencalonan depa.

Banyak dah kawasan yang dah selesai mesyuarat agong tapi aku rasa kebanyakkannya serahkan pemilihan tu kepada AJK PAS kawasan yang baru dilantik untuk buat keputusan. Mungkin pasai tu pencalonan tu orang ramai tak tau dan keputusan mesyuarat AJK tak pulak diwar-warkan.

Mesyuarat Agung PAS Parit Buntar minggu lepas pun tak buat pencalonan, macam biasa, serah kat mesyuarat AJK Kawasan untuk putuskan.

Tapi yang mushkilnya, ada member kat KL bagitau, dah tersebar kata PAS Parit Buntar calonkan Mat Sabu sebagai Timbalan Presiden, masalahnya AJK PAS Kawasan belum mesyuarat lagi, Jumaat ni baru nak mesyuarat. Tapi takdak masalah apa pun kalau ada khabar angin macam tu. Dan ada kemungkinan jugak Parit Buntar akan calonkan Mat Sabu. Takkan ada yang marah kut kalau PAS Parit Buntar calonkan Mat Sabu?

Apa pun, pencalonan dari kawasan tak penting mana, janji dah cukup pencalonan dan layak bertanding. Yang pentingnya pengundian masa Muktamar Agung Jun nanti. Keputusan ada di tangan perwakilan.

Malaysiakini melaporkan:
Ibu pejabat parti PAS meminta semua kawasan PAS yang telah selesai mengadakan mesyuarat agung supaya menghantar senarai pencalonan pemilihan pucuk pimpinan kepada jawatakuasa pemilihan.

Jurucakap ibupejabat tersebut berkata, tarikh tutup untuk kawasan menghantar senarai pencalonan ialah 10 Mei depan.

Beliau berkata, setahunya hanya satu kawasan sahaja yang telah menghantar senarai pencalonan kepada jawatankuasa pemilihan yang dipengerusikan oleh Datuk Abdul Halim Abdul Rahman.

Abdul Halim yang juga ahli parlimen Pengkalan Chepa, merupakan pengarah jabatan pilihan raya PAS pusat.

Jurucakap itu berkata, kesemua 179 PAS kawasan dijadual selesai mengadakan agung masing-masing pada 10 Mei.

Manakala sidang media untuk mengumumkan nama calon yang layak bertanding akan diadakan selepas tarikh tersebut. Muktamar PAS akan berlangsung 3 hingga 5 Jun ini bertempat di Taman Melewar, Gombak.

Sementara itu, beberapa kawasan lagi akan bermesyuarat dan mengadakan pemilihan Sabtu ini, antaranya Batu (Wilayah Persekutuan), Putrajaya, Jasin dan Masjid Tanah, kedua-duanya di Melaka.

Pada hari berikutnya pula, beberapa lagi kawasan akan bermesyuarat termasuk Tititwangsa, Wangsa Maju, Seputeh, Bukit Katil dan Alor Gajah.

Semakan Malaysiakini setakat ini mendapati presiden parti Datuk Seri Abdul Hadi Awang layak mempertahankan jawatannya selepas mendapat pencalonan dari beberapa kawasan antaranya Temerloh, Muar dan Parit.

Exco kanan kerajaan negeri Kelantan Datuk Husam Musa yang mendapat pencalonan dari Bukit Bintang bagi mencabar Abdul Hadi, bagaimanapun menolaknya.

Sebaliknya, Husam hanya menawarkan diri mempertahankan kedudukannya dalam jawatankuasa PAS pusat.

Bekas naib presiden Mohamad Sabu pula sudah layak bertanding jawatan timbalan presiden. Beliau mendapat pencalonan itu setelah mendapat tiga pencalonan dari Kubang Kerian, Bukit Bintang dan Muar.

Naib presiden Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man yang turut mendapat pencalonan bagi jawatan tersebut, menolaknya dan hanya mahu mempertahankan jawatannya sekarang. - Mkini.

Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...