KUALA LUMPUR: Petronas mengumumkan pada Selasa bahawa ia telah melupuskan kepentingannya sebanyak 15% dalam Cairn India pada harga AS$2.1 bilion.Apa cerita sebenarnya disebalik penjualan sahan ni?
Pihak media difahamkan, kepentingan tersebut dilupuskan kepada sebuah firma Britain - Vedanta.
Pelupusan kepentingan di dalam Cairn India merupakan satu transaksi yang membawa kepada penamatan hubungan Petronas dengan firma tersebut sejak tahun 2006, kata Petronas dalam satu kenyataan.
Petronas tidak menyatakan siapakah pembeli saham mereka di dalam Cairn India. - mStar.
Congak aku mudah ja, penjualan ni tentu punya pasai Umno BN dah takdak duit nak hadapi PRU12. Mana lagi Umno BN nak cari duit untuk bayar jentera dan beli undi. Kalau Najib betul nak bubar parlimen dalam tahun ni memang dia kena cari duit segera.
Masa PRN Sarawak minggu lepas tah berapa billion BN habih. Tapi nasib baik la jugak Taib Mahmud kaya, tentu dia banyak sponser untuk BN. Pasai tu la kut Najib tak kata apa bila Taib Mahmud cepat-cepat angkat sumpah jadi Ketua Menteri Sarawak sampai ada yang bagitau Taib Mahmud tak sempat pakai stokin.
Nak masuk pilihanraya bagi Umno BN memang kena ada modai yang besar. Kalau takat juta-juta memang tak cukup. Nak buat ceramah sebagai contoh, bukan setakat orang yang nak bagi ceramah nak kena bayar, orang yang mai ceramah pun nak kena bayar. Kalau tak bayar dah tentu punya ceramah Umno BN takdak orang pi.
Sama jugak macam jentera lain, kalau takdak yang hulur memang tak jalan punya. Pasang pondok panas nak kena bayar, pasang poster dan bendera memang nak kena bayar. Puak-puak tu kalau tak bayar bukan takat tak pasang, yang dah pasang pun depa runtuh buang.
Mungkin ada yang BANGANG akan persoal apa pulak sangkut paut Petronas jual sahan dengan dana Umno. Takkan ada lagi yang BANGANG macam tu kut?
Dah tentu punya ada persent dari penjualan tu untuk tabung Umno BN. Walau apa pun sebab dan alasan Petronas bagi pasai jual saham dalam Cairn India tu, tentu punya ada persent untuk Umno BN.
Tara nak beli kapal selam pun Razak Baginda boleh dapat berjuta-juta sebagai komisyen takkan kut Petronas jual sahan tak boleh bagi persent kat Umno BN.
Tara GLC di Kedah yang tak kaya mana macam Syarikat Seri Temin yang dah sah-sah diaudit Audit Negara tu pun Umno tanpa rasa segan silu dan takut-takut, terang-terang seleweng masuk tabung parti, inikan pulak duit Petronas yang ada harta berjuta billion tu.
Mana lagi Umno BN nak cekau duit kalau duit Petronas pun depa tak boleh nak cekau. Kalau dak takkan la Najib buang pengerusi Petronas dan lantik orang dia jadi pengganti.
Dalam pada tu, Malaysiakini melaporkan:
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan tujuh projek baru hari ini untuk terus mengukuhkan minat berterusan pelabur dalam Program Transformasi Ekonomi (ETP), yang sehingga kini menjana pelaburan berjumlah RM106.405 bilion, RM153.83 bilion dalam Pendapatan Negara Kasar (PNK) dan 298,865 pekerjaan baru.
Sebanyak 72 projek dalam 54 Projek Permulaan (EPP) diumumkan sehingga kini, yang bermakna 41.2 peratus daripada 131 EPP telah dimulakan, semuanya dalam tempoh kurang enam bulan sejak ETP dilancarkan.
"Sekarang ini, hasil besar yang pantas," kata beliau semasa mengumumkan projek pelaburan terkini. - Mkini.
Nota kaki makan cekam: Tanpa memang prejudis