Qari terkenal ditembak dan digilis berulangkali dengan kereta | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Selasa, Mac 22, 2011

Qari terkenal ditembak dan digilis berulangkali dengan kereta

Harakahdaily semalam melaporkan:
Dewan Rakyat hari ini menolak usul yang dikemukakan Mohd Nasir Zakaria (PAS-Padang Terap) berhubung ketegangan di Libya.

Timbalan Speaker, Datuk Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar menolak usul yang dibuat di bawah peraturan mesyuarat 18(1) itu atas alasan ia tidak perlu disegerakan.

Nasir ketika ditemui di lobi Parlimen selepas itu menyatakan rasa kesal usul yang penting itu ditolak.

"Tadi ada wakil rakyat mahupun daripada BN dan Pakatan Rakyat, mereka mengatakan isu ini sangat penting.

"Kalau kita prihatin terhadap rakyat Jepun yang dilanda tsunami kenapa dalam isu Libya ini kita tidak mengambil ketetapan khas dalam sidang Parlimen untuk kita bahaskan," katanya.

Tambah beliau lagi, usul yang dikemukakan itu merupakan satu isyarat keprihatinan wakil rakyat PAS dalam isu antarabangsa lebih-lebih lagi melibatkan keselamatan 6.4 juta rakyatnya. - Hrkh
Memang selama Umno BN  pegang kuasa di Parlimen, kita tak faham apa tafsiran speaker berkenaan "Perkara tertentu berkenaan kepentingan orang ramai yang berkehendak disegerakan' dalam menolak usul dari pembangkang.

Sedangkan apa yang berlaku di Libya memang isu yang penting dan Malaysia perlu segera buat pendirian. Tambah-tambah pulak bila bukan saja negara jiran macam Arab Saudi masuk campur tapi kuasa-kuasa besar dunia pun dah mula serang Libya.

Malaysia yang katanya diiktiraf sebagai 'negara Islam' yang dihormati, perlu nyatakan pendirian kita dalam isu negara Libya ni.

Keadaan semakin huruhara di Libya. Yang terbaru, seorang qari terkenal di Bahrin yang bertugas sebagai jururawat di hospital Salmaniya diculik sekumpulan tentera elit ( Saudi aggressors? ) ke sebuah padang. Di situ beliau ditembak dan dalam keadaan nyawa-nyawa ikan, beliau digelek dan digilis berkali-kali dengan kereta.

Video beliau digilis boleh diklik di pautan ini, klik sini.




Sumberimej: Faisal Tehrani

Nota kaki makan cekam:  Tanpa prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...