Pelancaran Buku Jingga Perak pun akan 'GAGAL'? | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Rabu, Mac 09, 2011

Pelancaran Buku Jingga Perak pun akan 'GAGAL'?

Sebelum ni aku ada keluarkan satu entry dengan tajuk Pelancaran Buku Jingga Selangor 'GAGAL'. Artikel tu bukan aku yang tulis, aku dapat dari email, tulisan Raja Azmi. 
 
Antara lain penulis tu anggap program pelancaran tu gagal sebab:
  1. Kehadiran kurang, jauh tersasar dari jangkaan.
  2. Program tersasar dari tujuan sebenar, untuk menjelaskan dan mengupas Buku Jingga.
  3. "Majlis Pelancaran Buku Jingga tersebut gagal kerana tiada kerjasama ikhlas dari PAS dan DAP dalam mendokongi kempen Buku Jingga. Bilangan orang bukan Melayu yang hadir di majlis tersebut boleh dikira dengan jari. Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim menarik diri pada saat-saat terakhir setelah dimaklumkan bahawa Presiden PAS, Hadi Awang dan Penasihat DAP, Lim Kit Siang telah menolak jemputan ke majlis tersebut. PKR telah diwakili oleh Wan Azizah Ismail, Hasan Ali mewakili PAS dan Tan Seng Giaw mewakili DAP."
  4. Pembaziran
Kalau ikut blog Ust Misbah, Setiausaha Perhubungan PAS Perak:
Justeru Pakatan Rakyat peringkat Negeri Perak akan mengadakan satu Majlis Pelancaran buku jingga, yang akan diadakan pada 13 Mac 2011 bersamaan hari Ahad, jam 9 Malam bertempat di Markas PAS Pekan Chemor, Ipoh Perak

Antara pimpinan yang akan menjayakan majlis tersebut ialah, YB Dato' Mahfuz Omar (Naib Presiden PAS ), Ust. Abu Bakar Hussain (Pesuruhjaya PAS Perak), YB Dato' Ngeh Koo Ham (Pengerusi DAP Perak), Dr. Muhamad Nur Manuty (Pengerusi MPN PKR Perak) dan YB Dato' Seri Mohammad Nizar Jamaluddin (AJK PAS Pusat ).

Pakatan Rakyat Perak, seluruh rakyat serta rakan-rakan media untuk turut hadir dalam majlis pelancaran buku jingga tersebut. - Misbah
Aku harap sangat-sangat program pelancaran peringkat negeri Perak ni tak "GAGAL" macam di selangor. Aku harap sangat-sangat program ni diambil berat sungguh-sungguh di peringkat PAS kawasan-kawasan.

Berjaya atau gagalnya program ni lebih bergantung kepada kesungguhan PAS, pasainya nak harapkan DAP, tara mana sangat komitment ahli dan penyokong DAP untuk program semacam ni selama ni pun. Nak harapkan PKR, dengan Pengerusi MPN yang baru ni, entah la...

Apa pun, aku harap sangat
  1. Program Pelancaran ni "DIWAJIBKAN" dibuat di peringkat Kawasan/Cabang/Cawangan. Lagi elok kalau boleh buat diperingkat DUN. Pasainya kalau setakat buat di peringkat negeri, berapa orang sangat yang dapat maklumat. Dan kalau perlu kena tetapkan tarikh untuk setiap kawasan buat program ni.
  2. Peringkat pusat/negeri kena bekalkan risalah yang sesuai untuk disebarkan kepada orang ramai dengan mengambil kira kepelbagaian taraf antara orang pekan dengan orang kampung. Kena  sediakan jugak dalam bentuk klip video dokumentari berkenaan Buku Jingga ni.
Senang sikit kami yang kat bawah ni, yang tak berapa nak ada kuasa mengarah dan mengurus ni nak "buat kerja".

Takkan nak buat risalah dan klip dokumentari pun tak boleh. Sekretariat Pakatan Rakyat yang "kaya" tu buat apa?? Takkan sibuk buat daftar pemilih saja kot?

Pada aku, berjaya atau gagalnya program pelancaran ni, bergantung kepada berapa ramai rakyat Malaysia yang faham berkenaan Buku Jingga. Kalau aktivis parti pun masih tergagap-gagap bila ditanya pasai Buku Jingga, MEMANG FAILED laa...

Nota kaki makan cekam:  Tanpa prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...