SPR 'si anjing Umno' berlembut? | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Rabu, Februari 23, 2011

SPR 'si anjing Umno' berlembut?

Malaysiakini melaporkan: 
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan memberi sedikit kelonggaran kepada parti yang bertanding pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau bagi memastikan proses itu bebas dari unsur negatif.

Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata antara kelonggaran itu ialah membenarkan parti PAS mencetak gambar pemimpin parti rakan sekutu mereka pada bahan kempen.

SPR mahu menguatkuasakan peraturan pilihan raya secara mesra pengguna dan sentiasa berlaku adil kepada semua pihak, katanya kepada pemberita, di Jasin hari ini. - Mkini
Sedap bunyi kenyataan dari Timbalan Pengerusi SPR tu, nampak macam nak berlembut, konon nak bagi tau kat orang ramai yang SPR 'si anjing Umno' ni bertimbang rasa. Kononnya la...

Tah macammana pulak tiba-tiba SPR boleh terfikir peraturan macam tu. Aku punya agak, mungkin ada kut cadangan dari puak-puak Umno suruh SPR buat satu peraturan baru macam tu.

Mungkin la, lepas depa fikir baik buruk buat peraturan tu, depa buat keputusan tak jadi nak kuatkuasakan peraturan baru tu. Mungkin depa rasa keputusan tu akan lebih bagi nama buruk kepada SPR 'si anjing Umno' dari bagi kelebihan kepada Umno.


Tapinya, kalau SPR setuju buat peraturan macam tu pun elok jugak. Pada aku sekarang ni, lagi buruk kelaku dan peraturan yang SPR buat lagi bagus. Biar rakyat boleh nampak terang-terang betapa sebenarnya muka huduh SPR 'si anjing Umno' ni.

Lagi elok kalau SPR 'si anjing Umno' buat peraturan bukan takat tak benarkan cetak gambar pemimpin parti rakan sekutu, tapi tak benarkan depa berkempen terus. Apa sangat kalau setakat tak bagi cetak gambar, baik tak bagi berkempen terus.

Tapinya, kalau cadangan peraturan baru tu adalah arahan dari Umno dan bukan cuma berstatus cadangan,  aku yakin, SPR 'si anjing Umno' takkan teragak-agak untuk kuatkuasakan. Memang macam tu pun puak-puak 'anjing Umno' ni, depa akan wala' kat tuan depa, walaupun tuan depa suruh terjun dalam lubang biawak.

Sumber pic: google (gambar hiasan)

Nota kaki makan cekam:  Tanpa prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...