Rupanya salah tekaan aku | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Sabtu, Februari 19, 2011

Rupanya salah tekaan aku

Dalam entry sebelum ni aku ada teka yang SPR akan buat PRK Kerdau serentak dengan PRU Sarawak, rupa-rupanya tekaan aku salah. Walaupun betul serentak tapi bukan dengan PRU Sarawak tapi dengan PRK Merlimau.

Harakaydaily melaporkan: 
KUCHING, 18 Feb: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan hari mengundi bagi pilihan raya kecil (PRK) Kerdau, Pahang akan diadakan pada 6 Mac ini.

Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof turut memaklumkan bahawa tarikh penamaan calon PRK Kerdau pada 26 Februari.

Ini menjadikan PRK Kerdau dan Merlimau, Melaka diadakan serentak.

Pada 28 Januari lalu, SPR mengumumkan penamaan calon bagi PRK Merlimau ialah pada 26 Februari dan hari pengundian pula 6 Mac. - Hrkh
Walaupun sebelum ni SPR keluarkan kenyataan kata nak mesyuarat pasai PRK kerdau ni pada 20 Feb tapi 18 Februari dah keluarkan kenyataan nak buat PRK Kerdau serentak dengan PRK Merlimau.

Mungkin la SPR 'si anjing Umno' ni dah dapat arahan dari pada tuannya. Jadinya mungkin tak perlu buat mesyuarat lagi. Nak buat apa mesyuarat lagi kalau keputusan dan muktamat.

Walaupun macam tu, tak mustahil jugak kalau esok lusa SPR umumkan PRU Sarawak pun akan dibuat serentak. Harap-harapnya tidak la. Kurang meriah la kalau buat serentak.

Tapinya aku rasa Umno pun tak berapa suka buat serentak ni. Biar buat PRK Merlimau dan Kerdau dulu. Pasainya depa yakin yang depa calon Umno boleh memang. Jadinya masa kempen di Sarawak nanti boleh la depa buat modai kata orang Semenanjung pun dah tak percaya dengan Pakatan Rakyat.

PRK Bagan Pinang, Galas, Batu Sapi, dan Tenang rakyat tolak calon Pakatan Rakyat. Yang terbaru, PRK Merlimau dan Kerdau pun rakyat tolak Pakatan Rakyat.

Aku yakin ada penyokong Pakatan Rakyat tak suka aku mewar-warkan yang calon PR akan kalah masa PRK. Depa kata orang sibuk berjuang nak menangkan calon Pakatan Rakyat tapi aku pulak macam berbangga kata calon Pakatan Rakyat akan kalah.

Memang la, aku pun setuju, dari satu sudut boleh melemahkan semangat jentera parti. Tapi pada aku jentera Pakatan Rakyat tak sepatutnya lemah semangat takat baca blog apa yang aku tulis. Sepatutnya lagi menaikkan semangat untuk membuktikan yang tekaan aku salah.

Lagi pun, ramai dah blogger Pakatan Rakyat yang bagi harapan untuk menang, aku cuma nak bagi depa berpijak dibumi nyata. Kalau kalah teruk tak la rasa putus asa.

Lagi satu, aku cuma tulis apa yang aku teka, berdasarkan apa yang aku baca. Dan memang nampak sangat peluang untuk calon Pakatan Rakyat menang sangat-sangat tipis.

Cumanya aku nak bagitau, pada aku, walau setipis mana pun harapan untuk menang, lawan tetap lawan. Pasainya peluang untuk menang tetap ada. Tambah-tambah lawan Umno BN. Mana boleh berhenti. Selagi Umno tu Umno selagi tu la aku akan lawan. Insyaallah.

Mana tau, tiba-tiba terjadi satu yang miracles. Kalau dah Allah kata calon Pakatan Rakyat menang, tak kira walau setipis mana pun peluang, walau sehebat mana pun jentera Umno BN, akan ada penyebab yang  calon Umno BN kalah. Kalau masuk bertanding pun tak, nak menang PRK macamana?

Nota kaki makan cekam:  Tanpa prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...