Apa itu Alexa ranking,panduan dan kegunaannya | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Ahad, Februari 13, 2011

Apa itu Alexa ranking,panduan dan kegunaannya

Aku rasa ramai yang belum faham apa sebenarnya Alexa ranking, macamana cara Alexa buat rangking dan pasai apa blog atau website perlukan rangking yang baik. Aku pun sebenarnya tak reti, takat nak buat carta TopBlog Pakatan Rakyat - Carta DaunKari aku tau la. Jadinya hasil tanya pakcik google aku jumpa entry menarik pasai alexa ranking di blog.ariff yang aku salin tampal kat bawah ni (tanpa kebenaran.) 


Apa yang aku nampak selama ni majoriti kalau tidak semua blogger bagi pandangan peribadi mereka sentiri tentang apa sebenarnya Alexa tanpa merujuk kepada maklumat yang sahih, tepat dan benar padahal maklumat tu semua ada kat page Alexa sendiri (termasuk aku). Page ini bertujuan untuk memberi maklumat yang lengkap dalam bahasa Malaysia tentang apa sebenarnya Alexa ranking itu. Segala maklumat diambil, diterjemah dan diolah semula untuk pemahaman korang daripada laman web Alexa sendiri. Diharapkan semua pembaca akan mendapat maklumat yang tepat tentang Alexa ni daripada blog.ariff.


Alexa Traffic Ranking

Alexa mengeluarkan ranking trafik berdasarkan analisis penggunaan web oleh berjuta-juta pengguna Alexa toolbar dan data trafik daripada sumber yang berbagai. Maklumat trafik akan melalui pelbagai proses saringan dan pengiraan sehingga terhasil ranking yang diperolehi daripada Alexa. Proses yang berlaku adalah kompleks dan diterangkan secara lebih terperinci di bawah ini.

Apa itu Traffic Rank?

Traffic rank adalah ranking berdasarkan maklumat trafik 3 bulan daripada berjuta-juta pengguna Alexa Toolbar serta data yang diperolehi daripada pelbagai sumber lain dan gabungan data page view & user reach. Langkah-langkah Alexa menentukan traffic rank:
  1. Alexa mengira jumpah page view & user reach kesemua laman web dalam internet setiap hari.
  2. Alexa traffic rank diberi berdasarkan purata page view & user reach ni supaya rank itu menggambarkan bilangan pengguna internet yang melawat laman web tersebut dan juga bilangan page yang dilawati oleh pengguna internet pada laman web tersebut.
  3. Maklumat 3 month change dikumpulkan daripada ranking semasa berbanding ranking laman web tersebut 3 bulan lepas.

Apa itu Sites dan Web hosts?

Trafik daripada laman web dikira berdasarkan domain. Contohnya laman web www.ariffshah.com, chat.ariffshah.com, gambarlucah.ariffshah.com adalah dikira sebagai sebahagian daripada laman web ariffshah.com. Pengecualian adalah untuk laman web atau blog yang berlainan dalam domain yang sama (blogspot.com) yang boleh dikesan melalui URL laman tersebut. Selain daripada itu, mirror site (laman yang mempunyai kontent yang sama) biasanya akan dikira sebagai laman yang sama.

Apa itu Reach?

Reach ni kira bilangan pengguna. Reach biasanya mewakili peratusan pengguna internet yang melawat sesebuat laman web. Contohnya blog.ariff mempunyai 1% reach (angan-angan). Ini bermaksud daripada jumlah pengguna internet sedunia yang dikira oleh Alexa, 1% daripada mereka melawat blog.ariff.

Apa itu Page Views?

Page views ni kira berapa banyak page yang dilawati oleh pengguna kat laman web. Untuk lawatan ke page yang sama oleh pengguna yang sama (sama IP) beberapa kali dalam sehari akan dikira sebagai satu page view sahaja. Angka page view adalah purata unik page view setiap hari yang diterima oleh sesebuah laman web.
Konsep dia macam ni, korang masuk blog aku, klik satu link dan pergi ke satu page. Itu kira satu pageview. Kalau korang refresh page tu, dah tak kira tapi kalau korang klik link lain kat blog ni, masuk page lain akan dikira satu lagi pageview. Macam tu la..

Bagaimana Traffic Trend Graphs dikira?

Trend graph menunjukkan maklumat trafik harian laman web korang untuk satu jangka masa. Daily traffic rank mencerminkan trafik yang diterima oleh laman web tersebut berdasarkan data untuk hari tersebut. Traffic rank yang ditunjukkan oleh Alexa pula diambil daripada maklumat trafik purata sejak tiga bulan lepas.
Maklumat daily trafik bermanfaat untuk laman yang mempunyai trafik yang tinggi manakala maklumat trafik 3 bulan berguna untuk laman yang mempunyai bilangan trafik yang stabil. Disebabkan Alexa menganggap kadar trafik yang konsisten adalah lebih baik, maka mereka memilih maklumat trafik 3 bulan untuk menggambarkan populariti keseluruhan laman web tersebut. Daily trafik adalah untuk menunjukkan kalau tragfik korang mencanak naik atau merudum turun untuk hari tersebut.
Tidak mustahil untuk data purata trafik 3 bulan sesebuah laman lebih tinggi berbanding trafik untuk satu hari kerana pada hari-hari tertentu kadang-kadang laman web akan mendapat trafik yang sangat banyak. Tetapi kalau laman tersebut mempunyai prestasi trafik yang konsisten, ia akan sentiasa mendapat ranking yang lebih baik setelah dikira purata trafik 3 bulan.

Apa itu Data Normalization?

Pada fahaman aku, benda ni adalah cara Alexa untuk mengimbangkan ranking supaya ianya tidak ditipu atau dimanipulasi oleh orang-orang tertentu. Salah satu kaedah dalam perkiraan data.

Apa itu Sites Linking In?

Sites linking in adalah bilangan laman web lain yang berdaftar dengan Alexa yang link ke laman korang. Angka ini akan dikemaskini 3-4 bulan sekali. Oleh itu sila daftarkan laman web korang di web Alexa. Login Facebook boleh digunakan untuk mendaftar laman web.

Penafian daripada Alexa

Majoriti data trafik diambil daripada pengguna Alexa toolbar (dan juga Alexa widget yang dilatakkan di laman web mengikut sesetengah sumber) dan data ini mungkin tidak melambangkan sampel sebenar pengguna internet sedunia. Trafik data yang ditunjukkan mungkin terlebih atau terkurang daripada angka sebenar.
Ranking laman yang mempunyai trafik yang sedikit tidak dikira dengan tepat oleh Alexa kerana untuk mengira data trafik, maklumat mestilah diterima dari set yang besar dan berbagai (terutamanya daripada pengguna Alexa toolbar). Untuk laman yang mempunyai ranking 100,000 dan ke bawah, pengukhususan akan diberikan dan data trafik untuk laman web dalam lingkungan 100,000 boleh diambil kira kesahihannya manakala untuk laman yang mempunyai ranking melebihi 100,000 data trafik boleh dianggap sebagai tidak boleh diterima sebulat-bulatnya.

Apa guna Alexa Ranking ni?

Maklumat daripada Alexa ni boleh digunapakai walaupun tidak tepat untuk laman yang mempunyai ranking lebih daripada 100,000.
  • Kalau ranking naik dengan cepat (nombor semakin kecil) maksudnya laman web kita ni ada steady growth. Data ni penting untuk dipersembahkan kepada pengiklan yang berminat untuk meletakkan iklan di laman web korang
  • Perincian daily traffic boleh memberikan korang idea tentang waktu bila untuk post entri supaya dapat traffik yang banyak kepada yang update sekali sahaja dalam sehari
  • Motivasi. Ranking macam ni menunjukkan prestasi kita, kalau kita tau prestasi kita bertambah baik, lagi rajinlah nak berusaha untuk jadi yang terbaik
  • Lagak? Ok. Tak elok berlagak. Jangan!

Macam mana nak naikkan Alexa ranking?

  • Tingkatkan page views. Kurangkan daripada memaparkat terlalu banyak entri pada front page blog. Hanya letakkan snippet. Lebih senang gunakan magazine styled layout macam blog.ariff guna ni. Setiap klik ke page berbeza oleh pelawat yang sama dikira sebagai satu page view
  • Paparkan widget Alexa di setiap page laman web korang
  • Update blog korang tiap-tiap hari. Kena ingat Alexa ranking dikira berdasarkan prestasi trafik 3 bulan.
  • Secara asasnya, nak naikkan Alexa ranking ni sama sahaja macam nak dapatkan trafik banyak. Dua benda ni berkait rapat. Jadi cari trafik banyak-banyak, tak kiralah korang blogwalking ke, SEO ke, dan Alexa ranking akan improve.
Sumber: blog.ariff

Nota kaki makan cekam:  Tanpa prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...