Apa cerita tempoh 48 jam??? | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Rabu, Februari 02, 2011

Apa cerita tempoh 48 jam???

Apa cerita perkembangan terbaru Ahli Parlimen Labis. Dah ada ka tindakan yang dibuat. Pasainya kalau nak kira, dah berkali-kali tempoh 48 jam tamat.  

Sebelum ni Harakahdaily ada melaporkan:
Jual arak: Minta maaf atau disaman

LABIS, 26 Jan: PAS mencabar ahli Parlimen Labis, Chua Tee Yong supaya meminta maaf secara terbuka ekoran pembohongannya terhadap calon PAS ang mewakili Pakatan Rakyat ydalam pilihan raya kecil (PRK) Dun Tenang, Cikgu Mala berhubung isu menjual arak.

Pengarah Operasi PAS PRK Tenang, Dzulkefly Ahmad berkata, PAS melalui peguamnya telah menyerahkan notis tuntutan tersebut kepada pihak Tee Yong pagi tadi.

Ini, katanya ekoran pembohongan anak Presiden MCA itu yang mendakwa Cikgu Mala mengeluarkan pertanyaan ‘kenapa jual arak’ kepada pemilik sebuah kedai menjual minuman itu di sini, baru-baru ini.

Bagaimanapun, katanya Tee Yong berdolak dalik apabila diminta supaya menyatakan bila dan di mana Cikgu Mala mengeluarkan pertanyaan itu.

“Kita cabar dia dedah bukti tapi sampai semalam beliau berdolak dalik kata enggan beri nama kedai, tunggu dulu.

“Kita perlu ajar dia,” tegasnya yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Johor pada sidang media pagi tadi.

Justeru, katanya, jika ahli Parlimen Labis itu enggan memohon maaf secara terbuka dalam tempoh 24 jam, PAS melalui peguamnya akan memfailkan saman. - Hrkh
Jangan jadi macam tempoh 48 jam yang Perkasa bagi kepada Gerakan, MCA dan akhbar cina, sampai ke sudah apa pun tarak.
Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa) hari ini mahu dua pemimpin daripada Parti Gerakan Malaysia (Gerakan) dan MCA serta dua lagi akhbar berbahasa Cina untuk memohon maaf secara terbuka dalam tempoh 48 jam kerana melabelkan pertubuhan mereka sebagai rasis. - Sumber
Jangan jugak jadi macam tempoh 48 jam yang Khairy bagi kepada Anwar. Lepas habih 48 jam takdak apa-apa pun yang jadi kepada Anwar.
Khairy Jamaluddin mencabar penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR)i Anwar Ibrahim mendedahkan bukti dalam tempoh 48 jam berhubung dakwaan bahawa anggota Parlimen Bebas diberi imbuhan RM2 juta untuk meninggalkan parti itu. - Sumber
Jangan la jadi macam tempoh 48 jam yang Mustaffa Kamil Ayub bagi kepada JPP. Akhirmya dia buat pusingan 180 darjah.
Kami juga mendesak supaya JPP mengisytiharkan pemberhentian Pemilihan 2010 dalam tempoh 48 jam dari masa penerimaan memorandum ini. Sekiranya tindakan pemberhentian Pemilihan tidak dilakukan dalam tempoh tersebut, kami akan mengambil tindakan yang lebih tegas demi mempertahankan prinsip keadilan. - Sumber
Jangan la bagi Tukar Tiub gelak kat PAS pulak pasai tempoh 48 jam ni.

Berkaitan
Nota kaki makan cekam:  Tanpa prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...