PRK Tenang - Beza Umno berkawan dengan MCA dan PAS berkawan dengan DAP | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Isnin, Januari 24, 2011

PRK Tenang - Beza Umno berkawan dengan MCA dan PAS berkawan dengan DAP

Berbeza jauh antara Umno berkawan dengan MCA dan PAS berkawan dengan DAP. MCA walaupun dah berkawan lebih setengah abad dengan Umno yang dakwa depa juga Islam macam PAS tapi pemimpin MCA masih tak faham perkara asas dalam Islam macam hukum berkaitan mahram dalam Islam.

Berbanding dengan PAS baru saja berkawan dengan DAP, untuk PRK N05 Tenang ni, DAP yang akan tolong jawab isu-isu berkaitan isu Negara Islam.

MalaysianInsider melaporkan:  
“Kita tidak bimbang tentang itu (negara Islam) kerana kita dah ada satu pendekatan bahawa majoriti pendekatan dan kempen akan dihasilkan oleh PKR dan DAP.

“Jadi kita tak perlu risau... kita tidak bimbang, PKR dan DAP akan bantu jelaskan,” kata beliau dalam temu bual dengan The Malaysian Insider hari ini. - TMI
Itulah bezanya bila Umno berkawan dengan MCA dengan bila PAS berkawan dengan DAP.

Cumanya, aku harap sangat pemimpin-pemimpin DAP tak pandai-pandai menjawab guna hukum akai depa. Kalau depa guna hukum akai depa silap-silap senjata boleh makan tuan.

Jadinya aku harap, Salahuddin kena pastikan PAS sediakan ada satu jawapan yang standard untuk digunakan oleh pemimpin DAP dan PKR. Kena pastikan depa tu betul-betul faham isu negara Islam tu. Biar kalau boleh sampai pemimpin-pemimpin DAP dan PKR yang bukan Islam tu menghayati kebaikan dan kelebihan hukum Islam.

Kalau depa cuma bagitau yang hukum Islam hanya dikenakan kepada orang Islam saja dan tak melibatkan orang bukan Islam, tak cukup aku rasa. PAS kena gunakan kesempatan ni untuk berdakwah secara tak langsung kepada DAP.

PAS kena gunakan kesempatan masa isu ni panas yang dihangatkan lagi dengan suasana PRK di Tenang untuk bagi kefahaman kepada pimpinan DAP terutamanya berkaitan isu Negara Islam ni.

Tak payah buat seminar atau bengkel segala. Paling berkesan kalau pimpinan PAS yang ramai berkampung di Tenang dapat bersembang sorang sama sorang dengan pemimpin DAP yang tolong kempen di Tenang. Sembang dalam keadaan santai sambil minum lepas bagi ceramah aku rasa lebih berkesan untuk bagi kefahaman yang lebih mendalam kepada depa.

Kalau kena caranya dan orangnya, tak mustahil lepas ni pemimpin DAP macam Karpal Singh akan bercakap pasai Negara Islam dengan nada yang sama macam PAS ni dalam Parlimen walaupun satu masa dulu Karpal Singh pernah suruh langkah mayat dia dulu kalau PAS nak tegakkan Negara Islam.

Nota kaki makan cekam:  Tanpa prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...