DAP ANTI ISLAMSebagai orang Islam patutnya Umno ajar benda-benda yang asas ni kepada MCA, MIC dan lain-lain parti bukan Islam (baca:melayu) dalam BN.
PAS ITU MELAYU
UMNO ITU ISLAM
Tapi bila fikir balik, nak heran apa, memang macam tu realiti status Islam dalam Umno. Islam Umno adalah Islam ala Umno, sama macam demokrasi kat Malaysiani, demokrasi ala Malaysia. Benda yang menguntungkan depa dari segi politik depa buat tapi yang tak menguntungkan depa jangan harap depa nak buat.
Kalau harap Islam ala Umno mungkin cukup setakat rukun Islam 5 perkara dan rukun Iman 6 perkara. Tu pun dari segi perlaksanaannya tak tentu lagi bertepatan dengan kehendak Islam.
Nasib baik ada PAS, kalau takdak PAS aku rasa Umno langsung tak peduli pasai Islam. Disebabkan nak jaga undi orang melayu yang secara perlembagaannya adalah Islam, Umno terpaksa jugak buat benda-benda yang ada ciri-ciri Islam. Kalau tak buat nanti semua orang melayu yang nakkan Islam lari kepada PAS.
Pasai nak bagi nampak islamik, tu yang Umno buat yang ada ciri-ciri islamik macam musabaqah, Bank Islam dan Universiti Islam selain dari selogan "Penerapan nilai-nilai Islam" dan "Islam Hadhari." Semua tu tak lebih dari sekadar kosmetik untuk menampakkan yang Umno jugak nakkan kepada Islam.
Pasai tu la kita tak patut heran bila pemimpin MCA masih tak faham hal-hal yang asas macam isu bersalam. Memang depa tak pernah tau pun ada larangan dalam Islam untuk wanita muslim bersalam dengan orang lelaki yang bukan mahram. Bukan dengan orang cina saja, dengan orang islam sendiri pun depa taktau yang orang perempuan tak boleh bersalam kalau bukan mahram. Malah perkataan 'mahram' pun aku yakin depa tak pernah dengar.
Depa nak tau macamana kalau selama 50 tahun lebih depa tengok pemimpin Umno yang mengaku Islam takdak masalah langsung bersalam tak kira sapa lelaki peremp[uan sama saja. Bukan takat salam saja aku rasa, lebih pada salam pun mungkin pemimpin MCA pernah tengok pemimpin Umno yang mengaku Islam pernah buat.
Pasai tu la, aku setuju sangat dengan apa yang Cikgu Mala, calon kata:
LABIS, 22 Jan – Calon PAS-Pakatan Rakyat, Normala Sudirman menyifatkan Umno telah gagal membantu MCA memahami konsep Islam yang sebenar sehingga menyebabkan parti komponen BN itu tidak dapat menghormati nilai dan tertib orang Islam khususnya kaum wanita.Kesian MCA, walaupun dah lebih setengah abad berkawan dengan Umno, langsung tak dapat manafaat dari Islam orang Umno padahal Islam tu adalah pemberi rahmat untuk sekelian alam.
Merujuk kepada isu tidak bersalam yang ditimbulkan Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek, Normala meminta MCA memahami adat dan tatatertib orang Islam terutamanya wanita Islam sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan yang boleh menimbulkan kontroversi. - TMI
Nota kaki makan cekam: Tanpa prejudis