- Nik Aziz keluarkan fatwa orang yang tak mengundi PAS sebagai orang jahilliah.
- Nik Aziz keluarkan fatwa orang Pas tidak boleh memakan sembelihan orang Umno.
- Nik Aziz juga mengeluarkan fatwa melarang wanita daripada menjadi calon dalam pilihan raya.
Alangkah baiknya kalau tuduhan tu disekalikan dengan bukti. Kalau kenyataan tu TG Nik Aziz sebut masa sidang media takkan takdak sapa yang ambil video sidang media tu.
Kalau ada yang ambil video, aku nak sangat tengok. Pasainya kalau betul Nik Aziz kata macam tu, kita kena tengok konteknya. Kita kena dengar hujjah dia sama. Pasainya setiap "fatwa" kena datang sekali dengan hujjah kalau pun takdak dalil 'aqli ataupun dalil naqli.
Untuk fitnah no 2, aku yakin Muhyiddin pembohong. Aku tak pernah jumpa kenyataan TG Nik Aziz macam tu. Tapi kalau pemimpin PAS zaman dulu macam Ust Mat Nor Deris, Ust Ghazali Hasbullah dan Ust Wan Ismail Machang aku rasa memang ada. Masalahnya depa-depa ni dah lama lari masuk Umno.
Fatwa no 3 tu, memang ada TG Nik Aziz keluarkan tapi fatwa tu lama dulu. Hujjah dia kalau muslimat jadi calon keselamatan tak terjamin. Pasainya masa tu Umno punya geng Pemuda Lasak Umno memang jenih takdak undang-undang langsung, sampai tahap kepung calon PAS tak boleh keluar dari rumah.
Lagi pun masa tu perhubungan masih susah, telefon pun masih benda mewah. Kalau la ni kalau puak gempur Umno buat macam tu, tak sampai 5 minit, puak gempur tu pulak la kena kepung. Jadinya keadaan dah semakin selamat. Tak salah la fatwa tu terbatal pasai sebab-sebab fatwa tu keluar pun dah terbatal.
Berbalik kepada hujjah no 1 tu. Aku bersetuju 100% kalau betul TG Nik Aziz ada keluarkan fatwa macam tu. Kalau orang Umno faham apa yang orang PAS faham, depa pun tentu bersetuju. Masalahnya, memang selama-lamanya orang Umno takmau faham macam yang orang PAS faham.
Salah ka kalau kata orang yang sokong rasuah, sokong judi dan sokong maksiat sebagai orang jahiliah? Memang orang jahilliah saja yang akan sokong rasuah, judi dan maksiat. Orang jahil ni lawannya orang alim. Takkan orang alim nak sokong rasuah, sokong judi dan sokong maksiat. Kalau ada orang alim macam tu, yang tu orang alim munafiq. Lagi teruk tahap munafiq ni dari tahap jahilliah.
Cumanya, kalau betul TG Nik Aziz kata macam tu, pada aku, dari segi politik tak berapa nak kena laa... sama jugak macam dia kata Allah mencarut. Dari sudut istilah dan sudut berdakwah memang tak salah tapi dari segi politik tak berapa nak kena. Tambah-tambah masa tengah perang nak mengundi, payah jentera nak menjawab.
Malaysiakini melaporkan:
Tindakan Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan mereka yang tidak mengundi PAS sebagai orang jahiliah telah menyinggung seluruh orang Islam di negara ini termasuk di Johor dan DUN Tenang, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Timbalan perdana menteri berkata, Nik Aziz telah menyalahgunakan Islam dengan mengeluarkan pelbagai fatwa yang bertentangan dengan agama mengikut keadaan dan masa.
"Kenyataan Nik Aziz ini membodoh-bodohkan kita hanya kerana kita tidak menyokong PAS. Adakah seluruh pengundi yang ada di Labis ini dilabel sebagai jahil oleh Nik Aziz," katanya kepada pemberita di Sekolah Menengah Kebangsaan Kamarul Ariffin di Labis, hari ini.
Beliau yang juga menteri pelajaran berkata, label jahiliah terhadap mereka yang tidak mengundi PAS itu tidak sepatutnya keluar daripada mulut seseorang yang dikatakan mursyidul am dan dipanggil ustaz.
Nik Aziz yang juga menteri besar Kelantan itu dikatakan mengeluarkan perkataan jahiliah itu pada sidang media di Kampung Redong semalam, semasa berkempen dalam pilihan raya kecil DUN Tenang.
Muhyiddin berkata, Nik Aziz telah mengeluarkan pelbagai fatwa songsang termasuk menyatakan orang Pas tidak boleh memakan sembelihan orang Umno. - Mkini
Nota kaki makan cekam: Tanpa prejudis