Kalau nak sokong Umno pun cari la hujah yang cantik sikit, yang tinggi sikit. Takkan hujah setakat tu ja Prof Madya Dr. boleh bagi. Kalau setakat hujah macam tu, Ketua Cawangan Umno kot kampung yang kerja jadi tukang kebun sekolah pun lagi elok aku rasa.
Senang-senang ja prof kangkung ni kata kebimbangan PR tu tak berasas dengan hujah Kushrin belum memulakan tugas. Kesian sungguh aku kat Profesor yang menyelia prof kangkung ni.
Ataupun mungkin jugak profesor yang menyelia prof kangkung ni pun prof kangkung jugak. Kalau macam tu, patut la taraf Universiti kat Malaysia ni makin lama makin teruk. Nak buat macamana, prof kangkung ni pun tentu ada menyelia student Phd, harap-harap student dia tak jadi kangkung macam dia.
Malaysiakini melaporkan:
Pelantikan Datuk Mohd Khusrin Munawi sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor tidak perlu diragui oleh kerajaan negeri itu kerana penjawat awam sentiasa dituntut supaya berintegriti dan profesional dalam melaksanakan tugas mereka, menurut seorang penganalisis politik tempatan.Bandingkan pulak dengan jawapan yang Profesor Emeritus Dr Khoo Kay Kim bagi
Pensyarah Sains Politik Universiti Kebangsaan Malaysia Prof Madya Dr Ahmad Nizamuddin berkata dakwaan kerajaan Selangor kononnya pelantikan bekas Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor itu dibuat atas kepentingan politik Barisan Nasional (BN) hanyalah intepretasi yang tidak boleh dijadikan asas.
"Dakwaan tersebut kurang berasas kerana Mohd Khusrin belum memulakan tugas, malah lantikan tersebut juga hanya akan berkuat kuasa mulai 1 Jan ini. Tentunya andaian seperti itu tidak boleh digunakan," katanya ketika dihubungi.
Oleh itu, beliau berkata rasa tidak puas hati kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor berhubung perkara itu tidak berasas. - Mkini
Pakar sejarah Profesor Emeritus Tan Sri Dr Khoo Kay Kim pula berkata lantikan tersebut tidak boleh dihalang oleh kerajaan negeri, sekiranya ia dibenarkan Perlembagaan Persekutuan.Memang jauh panggang dari api, macam langit dan bumi.
Beliau berkata sekiranya kerajaan PKR Selangor tidak berpuas hati dengan calon lantikan kerajaan pusat, mereka harus sedar perkara itu hanya boleh diselesaikan di mahkamah. - Mkini
Nota kaki makan cekam: Tanpa prejudis.