Isu arak MPSJ - PAS akan jual agama? | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Sabtu, Januari 15, 2011

Isu arak MPSJ - PAS akan jual agama?

Rentetan dari keputusan MPSJ buat peraturan tambahan yang tak benarkan orang Islam bekerja di premis yang nak jual arak, nampak gayanya menimbulkan kontroversi semula. Dulu dah pernah timbul sekali isu ni, tapi diam sekejap. Tapi bila peraturan tu dah diluluskan dalam mesyuarat Ahli Majlis MPSJ, isu ni timbul balik.

Kelmarin, Malaysiakini melaporkan:
Kerajaan negeri Selangor hari ini mengarahkan Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) untuk menarik balik garis panduannya yang melarang orang Islam bekerja di tempat-tempat yang menyajikan minuman keras, selepas didedahkan oleh Komunitkini.

Exco perumahaan dan kerajaan tempatan, Ronnie Liu (kiri) mengesahkan pekeliling berhubung perkara itu telah dikeluarkan kepada presiden MPSJ, Md Adnan Ikhsan pagi ini untuk menarik semula syarat itu kerana kerajaan negeri tidak menyedarinya.

"Kami tidak dirujuk (berhubung larangan itu). Sebab itu, kita minta mereka tarik dulu,” kata Liu.

Menyedari tindakan MPSJ tersebut akan menimbulkan rasa tidak senang di kalangan orang ramai, khususnya masyarakat bukan Melayu, ADUN Pandamaran itu berkata syarat baru berkenaan juga ditimbulkan pada mesyauarat exco semalam.

Namun, Liu tidak mahu mengulas sama ada MPSJ mempunyai kuasa mengubal garis panduan seumpama itu, berdasarkan undang-undang Syariah Selangor dalam syarat-syarat perlesenannya.

“(Garis panduan itu ) tidak pratikal. Kalau semua diberhentikan, siapa yang akan mencari pekerjaan untuk mereka?” katanya. - Mkini
Semalam, Malaysiakini melaporkan pula:
“Berhubung dengan isu orang-orang Islam yang dilarang bekerja di tempat-tempat menjual minuman keras seperti yang dikuatkuasakan di MPSJ, saya sebagai exco yang menjaga
hal ehwal Islam di negeri Selangor mendapati bahawa tindakan tersebut adalah wajar.

“Saya mengucapkan syabas dan terima kasih kepada pimpinan MPSJ yang telahpun menguatkuasakan peraturan ini. Saya difahamkan peraturan ini telah melalui tiga proses perbincangan di peringkat jawatankuasa yang telah mendapat pengesahan dan kelulusan dari semua pihak termasuk ahli-ahli majlis yang bukan Islam,” katanya dalam satu kenyataan media. - Mkini
Aku yakin, isu ni akan dapat diselesaikan dengan baik, pasainya aku yakin MPSJ buat peraturan tu berdasarkan bidangkuasa depa. Lagipun, hujjah yang Ronnie Liu gunakan tak kuat langsung. Takkan setakat tak maklumkan kat Exco peraturan yang dipersetujui oleh mesyuarat Ahli Majlis senang-senang nak dibatalkan. Lagi satu, dari segi praktikal atau tak bergantung macamana cara kita menagnani masalah yang timbul kesan peraturan baru tu.

Yang positifnya, bila MB Selangor, Khalid Ibrahim kelihatan menyokong MPSJ bila dilaporkan berkata:
Kerajaan Selangor akan menubuhkan sebuah tabung khas untuk membantu pekerja beragama Islam yang sedar untuk meninggalkan pekerjaan di premis dan pusat hiburan yang menjual minuman keras.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, kerajaaan Selangor prihatin dengan perbincangan mengenai pelaksanaan Enakmen Jenayah Syariah yang tidak membenarkan umat Islam bekerja di premis berkenaan.

"Kami telah meminta ahli Exco negeri, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali, Yaakob Sapari, Dr Halimah Ali dan Hajjah Rodziah Ismail untuk menubuhkan satu sekretariat yang akan mengadakan perjumpaan dengan Lembaga Zakat Selangor (LZS) bagi membincangkan isu ini. - Mkini
Khalid Ibrahim juga dilaporkan berkata:
"Pada masa yang sama, sebagai kerajaan prihatin dan adil, kita perlu memberi tempoh yang cukup kepada semua pihak termasuk pemilik premis dan pekerja yang terlibat," katanya.

Berikutan itu, Khalid berkata, beliau akan mengadakan pertemuan dengan semua datuk bandar dan yang dipertua pihak berkuasa tempatan Isnin depan untuk mendapat pandangan mereka bagi memastikan penguatkuasaan enakmen tersebut dilaksanakan dengan baik dan berkesan.
Yang penting sekali, aku harap, Dr. Hasan Ali sebagai Exco Agama, dapat gunakan kesempatan ni untuk anjurkan roadshow penerangan untuk bagi kefahaman kepada semua rakyat Selangor, Islam dan bukan Islam berkenaan isu ni.

Lagi cantik kalau boleh keluarkan satu booklet khas berkenaan isu ni dan dibagi kepada semua orang Islam dan bukan Islam yang terlibat dengan peraturan baru ni sebagai usaha penerangan dan dakwah.

Aku yakin takdak pemimpin PAS yang sanggup jual agama, buat-buat pening pi sokong Ronnie Liu.  MPSJ dan PAS Selangor terutamanya, sangat memerlukan sokongan padu dari PAS dan seluruh orang Islam.

Aku jugak yakin akhirnya, semua pihak akan terima (atau terpaksa terima) peraturan baru yang MPSJ buat tu. Apa pun, aku harap sangat, Malaysiakini tak jadikan isu ni sebagai polimik antara Dr. Hasan Ali dan Ronnie Liu.

Nota kaki makan cekam:  Satu yang aku sikit heran, apa pasai YDP MAIS yang baru dilantik ganti Khusrin tu langsung tak ulas pasai isu ni. Takkan takdak wartawan yang terfikir nak tanya dia?

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...