60% Pengundi Berdaftar Tidak Tinggal Di Tempat Mereka mengundi - SPR | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Ahad, Disember 12, 2010

60% Pengundi Berdaftar Tidak Tinggal Di Tempat Mereka mengundi - SPR

mStar melaporkan:
Satu kajian secara rambang yang dibuat oleh Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) mendapati lebih 60 peratus daripada pengundi berdaftar di negara ini tidak bermastautin mengikut alamat dalam kad pengenalan mereka.

Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata, perkara itu telah menyebabkan apabila tiba pilihan raya semua akan balik ke kampung halaman untuk mengundi.

Bagaimanapun menurutnya, perkara itu tidak menjadi kesalahan dalam SPR tetapi perlembagaan ada menyatakan pengundi mesti mengundi di tempat mana mereka menetap.

"Pada pihak SPR itu bukan masalah dan perkara itu sebenarnya terletak pada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN)," katanya ketika ditemui selepas selesai rakaman rancangan Bicara Rakyat terbitan Radio Televisyen Malaysia (RTM) di sini, Jumaat.

Dalam pada itu, Abdul Aziz turut menjelaskan dakwaan sesetengah pihak bahawa kononnya pengundi tidak bermastautin ini adalah pengundi hantu. - mStar
Aku setuju sangat kalau dalam perlembagaan ada kata " pengundi mesti mengundi di tempat mana mereka menetap." Masalahnya macamana cara nak pastikan undang-undang dalam perlembagaan tu boleh berjalan.

Kalau tak silap aku ada undang-undang yang mewajibkan kita menukar alamat jika telah menetap di sesuatu tempat tu meledihi 3 bulan. Kalau yang ni dikuatkuasakan, memang boleh selesai masalah.

Tapi kalau guka kaedah sekarang, tak boleh selesai masalah jugak pasainya, alamat pemilih dalam data SPR hanya akan berubah bila pengundi mintak tukar alamat dan mesti isi borang A jugak.

Masalah ni cuma boleh selesai kalau SPR menggunapakai kaedah perdaftaran automatik berpandukan data pada Jabatan Pendaftaran Negara. Mungkin digunakan kaedah kemaskini setiap 3 bulan.

Yang lawaknya Pengerusi SPR senang-senang salahkan JPN, tapi dalam masa yang sama tak nak mengaku kelemahan kaedah yang SPR gunakan selama ni.

Terlanjur aku dah tulis pasai SPR ni, aku nak ingatkan sekali lagi untuk semua aktivis parti Pakatan Rakyat terutama sekali kepada yang dipertanggungjawabkan sebagai PPS (Penolong Pendaftar Sementara) lantikan parti.

Kalau ada saki-baki borang A yang dah siap di isi, hangpa kena pastikan borang-borang tu sampai ke pejabat SPR esok (15 Disember 2010)

Nota kaki makan cekam:  Kalau la pengarah JPN tu jenis suka melatah macam pengerusi SPR ni. Mesti menarik kalau pengarah JPN pulak buat kenyataan mempertahankan JPN.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...