Apa pulak jawapan BANGANG Spr kali ni? | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Khamis, November 04, 2010

Apa pulak jawapan BANGANG Spr kali ni?

Harakahdaily melaporkan:
GUA MUSANG, 4 Nov: Agak mengejutkan proses pembuangan undi di Dun Galas hari ini dikejutkan apabila ada kertas undi tanpa logo parti dikenalpasti di Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina, Kampung Baru.

Perkara itu didedahkan isteri calon PAS, Zainab Jalar apabila kertas undinya tidak tercetak lambang parti.

"Ketika membuang undi, saya mendapati kertas undi yang diberikan kepada saya tidak mempunyai simbol parti politik yang bertanding.

"Sebaliknya ia hanya mempunyai nama calon sahaja," katanya ketika ditemui di sini. - Hrkh
Apa cerita sampai jadi macam tu. Tak pernah terjadi sebelum ni dilaporkan dalam mana-mana piilihanraya kertas undi takdak lambang parti.

Aku teringin sangat nak dengar apa macam mana bentuk komen "BANGANG" yang Pengerusi SPR Abdul Aziz Mohd Yusof nak bagi berkenaan isu ni.

Tapi, aku mushkil, apa keadaan sebenarnya cerita ni.

Dilaporkan di Unit peti undi Sungai Terah serta UPU Kampung Baru kertas undi hanya ada nama calon saja ada tanpa lambang parti. Juga dilaporkan dalam satu lagi kes lain, logo BN sahaja yang dicetak pada kertas undi.

Dari 2 kes tu aku mengandaikan bukan semua kertas undi takdak lambang parti, cuma mungkin di beberapa tempat undi saja. Ataupun mungkin sebahagian kecik saja yang takdak lambang parti.

Masalahnya macamana boleh jadi macam tu. Takkan kertas undi tu SRP tak buat sekali. maksud aku dicetak gunakan master yang sama. Kalau dicetak menggunakan master yang sama ditempat yang sama takkan boleh jadi tak sama.

Jadinya aku yakin, benda ni memang ada pihak yang cuba ambik kesempatan, saja buat 'kesilapan' ni untuk untungkan Umno BN.

Yang aku mushkilnya apasal dalam berita TV langsung takdak sebut hal kertas undi ni. Bukan takat dalam Utusan, Berita Harian aku tak nampak ada laporan, dalam Bernama pun aku tak nampak lagi.

Lagi satu yang aku mushkilnya, awat PAS tak bantah sungguh-sungguh isu ni. Benda ni melibatkan kesemputnaan perjalanan pilihanraya. Kesian kat pengundi PRK Galas, SPR buat kerja main-main.  Kalau laa benda macam ni jadi kat Parit Buntar...


Nota kaki makan cekam:  Tanpa prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...