Galas : Mungkinkah PAS letak calon dari kalangan Orang Asli? | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Khamis, Oktober 14, 2010

Galas : Mungkinkah PAS letak calon dari kalangan Orang Asli?

Semenjak SPR dah umumkan tarikh penamaan calon dan pengundian di Galas minggu lepas, aku saja-saja cuba juai idea tu. Idea supaya PAS letak calon dari kalangan Orang Asli.

[Pic: www.travelrhapsody.com]
Rata-rata yang aku sembangkan idea tu, mula-mula mesti semacam sinis. Aku dapat agak, tentu depa dok terbayang Orang Asli yang pakai cawat dan tak berbaju. Nak buat macamana, mungkin persepsi macam tu masih terpahat dalam pikiran ramai orang.  

Ada sorang abang tu dengan muka sikit mencebik soal aku balik, "Orang PAS boleh terima ka?" Terus aku potong cakap abang tu, "Takkan takdak anak orang asli yang keluar universiti, silap-silap yang balik mengaji Al-Azhar pun dah ramai. Apa masalahnya kalau anak Orang Asli yang macam tu kalau jadi calon?"   

Pada aku kalau PAS mampu letak calon macam tu di PRK Galas, peluang untuk menang memang besar. Aku yakin, tak susuh untuk "jual" calon yang macam tu. Tambah pulak kalau calon tu nampak berkarisma.
Sekurang-kurangnya dari 10% pengundi orang asli pasti majoriti akan undi calon tu, kalau pun mungkin tak 100%.

Memang amat-amat sesuai dengan motto: PAS FOR ALL

Tapi, aku rasa, mungkin tak kut untuk PRK kali ni, mungkin untuk masa-masa akan datang, pasainya aku dah dapat nama calon dari sumber tak rasmi, dan sah bukan dari kalangan orang asli. Taktau la pulak kalau sumber tak rasmi aku tu tak betul.

Malaysian Insider pun dah sebut 2 nama yang mungkin dipilih jadi calon, sama ada Suhaimi Mat Deris atau Dr Zulkifli Mohamad.

 PAS dipercayai telah membuat keputusan akhir berkenaan bakal calon untuk diturunkan di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas hujung bulan ini dengan tumpuan memfokus sama ada Suhaimi Mat Deris atau Dr Zulkifli Mohamad.

The Malaysian Insider difahamkan kedua-dua nama itu menjadi pilihan terakhir, tetapi Dr Zulkifli yang pernah mencabar Tengku Razaleigh Hamzah di kerusi Parlimen Gua Musang dua tahun lalu kemungkinan besar akan diletakkan sebagai calon mewakili Pakatan Rakyat kali ini.

Dr Zulkifli merupakan seorang doktor perubatan dan memperoleh undi majoriti dari kawasan DUN Galas berbanding Tengku Razaleigh pada 8 Mac lalu.

Tengku Razaleigh mengatasi Dr Zulkifli di dua lagi kerusi DUN dalam bahagian Parlimen Gua Musang, sekali gus membawa kemenangan kepadanya.

The Malaysian Insider difahamkan mereka merupakan antara lima nama yang disenaraipendekkan dan menjadi fokus perbincangan malam tadi.

Suhaimi pula merupakan pegawai halaqah berusia awal 40-an, dikatakan membawa perwatakan hampir sama seperti penyandang Che Hashim Sulaima yang meninggal dunia 27 September lalu. - TMI

Apa pun, untuk yang muktamat, kena la tunggu pengumuman rasmi pada 22 Oktober ni.



Nota kaki makan cekam:  Kalau la kat Parit Buntar ni ada kampung Orang Asli ...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...