Lim Guan Eng biadap? Apa komen Guan Eng. (edit map) | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Selasa, Ogos 03, 2010

Lim Guan Eng biadap? Apa komen Guan Eng. (edit map)

Kita tunggu penjelasan dari Lim Guan Eng sendir. Pakat mai dengar ceramah dia di Parit Buntar.

Dijemput beramai-ramai, kita pakat dengar apa Ketua Menteri Pulau Pinang nak kata. Banyak jugak isu-isu panas di Penang la ni. Isu terkini yang paling panas tentunya isu Guan Eng lawan Nik Ali. (Aku saja bubuh link tu, saja nak perangat hangpa.) Kita dengar kupasan terus dari Guan Eng, apa cerita sebenar disebaliknya.

Katanya Unit Daftar Pemilih akan buka kaunter, jadi bagi yang belum mendaftar boleh la ambik kesempatan daftar kat sana. Paksa anak hangpa yang tak daftar lagi pi daftar kat sana. Kaunter tu bukan saja untuk daftar pengundi baru tapi juga boleh semak nama.

Bagi yang tak pernah pi lagi ke Dataran Purnama tu boleh rujuk googlemaps di bawah. Ceramah tu akan dibuat di tanah lapang kat tengah tu. Zoom out la kalau nak tengok kat mana tempat tu.



http://wikimapia.org/17009465/Dataran-Purnama-Kg-Kedah
(Coordinates: 5°7'23"N   100°28'38"E)

Semua dijemput hadir. Jangan lupa bawak sekali anak pinak dan kawan-kawan. Tolong ajak jiran sebelah rumah hangpa sekali, terutama sekali kalau jiran hangpa tu orang Umno totok karat biru, rebuih pun tak hempuk.

Dan jangan lupa, macam biasa, tolong bawak duit lebih untuk dibubuh dalam uncang derma jihad.

Akhir sekali jangan segan-segan tolong hebahkan program tu kat dalam hangpa punya blog, facebook, twitter dan yang sewaktu dengannya.

Updated: Atas cadangan bohboh aku dah masukkan "Dataran Purnama Kg Kedah" dalam wikimapia. (rupa-rupanya aku dah ada id untuk wikimapia, tah bila aku create aku pun tak ingat)



Nota kaki makan cekam:  Ada sapa-sapa yang sudi tolong aku jaga laptop kat kaunter daftar pemilih tu?.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...