Ya, Berikanlah Apa Yang Orang Cina Mahukan | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Ahad, Jun 20, 2010

Ya, Berikanlah Apa Yang Orang Cina Mahukan

Terjemahan dari tulisan Raja Petra

OK, Nazri telah mengingatkan kita bahawa Malaysia bukan hanya dimiliki oleh orang Melayu sahaja, tetapi juga orang Cina. Saya selesa dengan kenyataan tersebut kerana saya telah membincangkan isu ini sekian lama. Jadi kita harus menghormati keperluan, kehendak dan hak orang Cina bukan mempertahankan hak orang Melayu atau Muslim sahaja.

Biar saya mencerita balik isu yang berlaku pada 16 Ogos 1999 apabila sebanyak 11 organisasi Cina telah menghantar memorandum yang mengandungi "17 kehendak pilihanraya" kepada kerajaan, iaitu 17 rayuan atau dinamakan Suqiu.

11 organisasi tersebut ialah United Chinese School Committees Association of Malaysia (atau digelar Dong Zong), the United Chinese Teachers Association of Malaya (Jiao Zong), the United Chinese Schools Alumni Association of Malaysia, Nanyang University Alumni Association of Malaysia, Taiwan Graduates Alumni Association of Malaysia, the Selangor Chinese Assembly Hall, the Federation of Guangdong Associations of Malaysia, the Federation of Guangxi Associations of Malaysia, the Federation of Sanjiang Associations of Malaysia, the Federation of Fuzhou Associations of Malaysia dan the Huazi Research Centre.

Antara rayuan mereka ialah memperkenalkan dasar ekonomi yang lebih adil dan bersifat kepelbagaian kaum untuk memupuk perpaduan di antara kaum, pembangunan sekolah-sekolah Cina dan kampung baru Cina. Mereka juga menuntut supaya mengembalikan/memulihkan demokrasi berpelembagaan dan meningkatkan taraf pihak polis, menegakkan hak asasi manusia, memelihara hak wanita, pekerja dan orang asli dan menyediakan kemudahan perumahan untuk kesemua mereka.

Selain itu, mereka juga menuntut kerajaan untuk membanteras masalah rasuah, meninjau semula dasar penswataan, melindungi persekitaran, mengubal akta ISA, dan mengembalikan kebebasan akhbar.

Sebanyak 2,095 daripada 4,000 (jangkaan jumlah organisasi Cina berdaftar di Malaysia) organisasi Cina di seluruh Malaysia, tidak kira sebesar mana atau sekecil mana, telah menyokong 'rayuan' tersebut. MCA, Gerakan dan SUPP juga menyuarakan sokongan mereka terhadap 'rayuan' itu dan menghantar wakil mereka untuk membawa rayuan tersebut kedalam Kabinet atas nama organisasi tersebut.

Presiden MCA, Ling Liong Sik, juga mengumumkan bahawa Kabinet telah kaji 'rayuan' itu dan telah melantiknya bertemu dengan organisasi yang terlibat. Dia juga mengatakan bahawa tidak timbul kontroversi atau rayuan itu ditolak oleh Kabinet. (The Star 23 September 1999).

(Anda boleh membaca dengan lebih lanjut mengenai 17 rayuan Cina di sini: http://www.freeanwar.net/articles/article050101.html)

Kini, mempertimbangkan judi bola juga merupakan salah satu rayuan orang Cina, jadi angkanya telah meningkat menjadi 18 rayuan seperti yang mereka katakan, dan kini kerajaan menasihati kaum Melayu dan Muslim supaya lebih peka terhadap keperluan orang Cina kerana kita tidak boleh hanya memikirkan orang Melayu atau muslim, maka kerajaan harus meneliti semula 17 rayuan yang terdahulu - yang saya mengangapnya 'rayuan yang mulia'.

Ya, permintaan orang Cina tidak hanya terhad kepada judi bola sahaja. Itu hanya salah satu rayuan. Masih ada 17 rayuan lain, yang akan membawa kelebihan/kebaikan kepada Malaysia, Melayu dan Muslim. Mengapa kerajaan bertegas untuk menolak rayuan itu?

Bahkan, kerajaan telah melabelkan mereka yang membuat 17 rayuan itu sebagai pro Komunis dan pengkhianat negara. Pemuda UMNO juga menyerang bangunan Chinese Assembly Hall di Kuala Lumpur dan mengancam untuk membakarnya sekiranya orang Cina tidak menarik balik 17 rayuan mereka.

Kenapa mereka yang menyuruh kerajaan untuk mengatasi masalah rasuah, memulihkan demokrasi berperlembagaan dan mengembalikan keprofesional pihak polis, menegakkan hak asasi manusia dan keadilan, menegakkan hak-hak perempuan, pekerja dan orang asli, menyediakan perumahan untuk semua, untuk meninjau kembali dasar swasta, melindungi alam persekitaran, mengharamkan ISA, menjaga kebebasan akhbar, dan lain-lain, dianggap sebagai Komunis dan pengkhianat negara?

Jadi, kini kerajaan mahu mendengar kehendak orang Cina sehingga meluluskan judi bola seperti mana yang dituntut oleh mereka mahu, mari kita meninjau kembali 17 permintaan itu dari orang Cina, dimana permintaan itu jauh lebih baik daripada perjudian, dan membenarkan kesemua kehendak itu juga.

Original Post: http://malaysia-today.net/
Terjemahan oleh: GoMalaysian  



Nota kaki makan cekam:  Semua rayuan yang 17 tu tak masuk dalam otak Nazri yang duduk dalam alam wallet dalam poket belakang seluar dia.
 

SOALAN MATHS UPSR,PMR,SPM 2010. JGN TERLEWAT!CEPAT!
Promosi percuma Website atau Blog anda di sini
Jom join pay per click pertama Malaysia
Baca Email dapat cash
Media Pengiklanan Baru
Affiliates domain. $0.10 USD for every referal
Iklan text di sini, cuma RM10

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...