100 Ulama Bakal Semarak, Segarkan Perjuangan UMNO | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Ahad, Jun 20, 2010

100 Ulama Bakal Semarak, Segarkan Perjuangan UMNO

Aku tak berapa nak heran kalau betui pun Dr. Asri nak masuk Umno bersama 100 lagi alim ulama' macam yang laman web Umno dakwa. Pasainya, bila ditengok balik tindakan-tindakan Dr. Asri sebelum-sebelum ni, dia memang mampu dan berupaya buat tindakan yang mengejutkan.


Tindakan yang orang lain tak sanggup buat Dr. Asri biasa buat. Dia jadi mufti Perlis sebagai Mufti yang paling muda dalam sejarah Malaysia. Walaupun jadi mufti Perlis, dia pernah 'belasah' Shahidan Kassin yang masa tu jadi MB.


Masa dia masih menulis dalam Mingguan Malaysia, dia biasa sangat 'belasah' Umno sampai akhirnya kolum dia diganti dengan mufti Perak.

"Fatwa' yang dia buat pun banyak yang melawan arus. Contohnya baru ni dia secara terang dalam blog dia, mengkritik Ehya Ulumuddin karangan Imam Al-Ghazali yang cukup terkenal tu.

Kalau betui dia buat keputusan masuk Umno, lantak pi la kat dia. Cumanya kesian kat dia. Pasainya besar kemungkinan dia akan jadi macam ramai "Ulama'" lain yang lebih dulu masuk Umno akhirnya terus terpinggir. Masyarakat pun dah tak hormat kat depa.


Malas aku nak buat andaian. Kita tunggu dan lihat aja la...


Satu hal lagi, sapa-sapa lagi yang orang Umno anggap sebagai ulama' dalam senarai 100 orang tu?
KUALA LUMPUR, 19 Jun – Bekas mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainal Abidin bersama 100 ulama berkelulusan tinggi, termasuk Phd akan menyertai UMNO, Jumaat depan menerusi UMNO Cawangan Dataran Merdeka, Bukit Bintang, Kuala Lumpur.

Setiausaha Kerja UMNO Malaysia, Datuk Ab Rauf Yusoh, percaya penyertaan mereka itu akan menyemarakkan keyakinan orang-orang Melayu dan Bumiputera kepada UMNO.

“Perkembangan itu akan menyemarakkan keyakinan Melayu kepada UMNO, kita akan menuju Pilihan Raya Umum Ke-13 dengan UMNO yang lebih cemerlang,” katanya ketika berucap pada Mesyuarat Perwakilan Pemuda UMNO Bahagian Bukit Bintang di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), petang tadi.

Ab Rauf yang juga Ketua Bahagian UMNO Bukit Bintang berkata, kemasukan ulama itu akan menjadikan UMNO lebih segar, “dibajai dengan ilmu-ilmu Islam dan seterusnya membantu kepimpinan negara membangunkan Malaysia.” - UmnoOnline


   Cenangau Daunkari

Nota kaki makan cekam:  Tanpa prejudis


SOALAN MATHS UPSR,PMR,SPM 2010. JGN TERLEWAT!CEPAT!
Promosi percuma Website atau Blog anda di sini
Jom join pay per click pertama Malaysia
Baca Email dapat cash
Media Pengiklanan Baru
Affiliates domain. $0.10 USD for every referal
Iklan text di sini, cuma RM10

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...