Tisan Chua takkan merayu lagi, mungkin AG yang akan merayu. | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Jumaat, Jun 18, 2010

Tisan Chua takkan merayu lagi, mungkin AG yang akan merayu.

eBel News melaporkan:
Pengarah Strategi Pilihan Raya PKR, Tian Chua tidak akan mengemukakan rayuan terhadap hukuman denda yang telah dikurangkan RM1,000, tetapi masih dilihat berhadapan dengan risiko hilang kerusi Parlimen Batu.

"Saya tidak akan membuat rayuan," kata wakil rakyat Batu itu dengan tegas ketika dihubungi The Malaysian Insider petang ini.

"Tiada apa yang perlu dibincangkan. Saya sangat jelas tentang apa yang telah berlaku dan apa yang akan berlaku dan tiada apa-apa masalah," kata beliau lagi.

"Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak perlu bersusah payah, saya tidak akan membuat rayuan, timbalan pendakwa raya tidak akan merayu ... jadi tiada isu di sini," kata beliau mengulas statusnya sebagai anggota Dewan Rakyat. - eBel News
Nampak gayanya, Tian Chua dah bersedia untuk sebarang kemungkinan. Walaupun mungkin kerusi tu diistiharkan kosong tetap ada aku rasa dia lebih yakin dia akan kekal jadi Ahli Parlimen Batu.

Aku rasa dia pun yakin Umno BN pun takmau ada PRK di parlimen Batu. Cumanya masalah la ni, setakat mana Umno BN melalui "kelab penyokong" depa macam SPR dan jugak mungkin mahkamah nak ikut apa kata "roh" Artikel 48 Perlembagaan Persekutuan.

Dari segi ayat, memang jelas sangat-sangat 'roh' artikel 48 tu memang memutuskan ahli parlimen terlucut jawatan kalau mahkamah jatuhkan hukuman denda RM2,000 atau lebih.

Mungkin jugak AG yang akan merayu, kononnya tak puas hati pasai hukuman tu diringankan. Jadinya bila masuk mahkamah rayuan nanti, depa main wayang lagi, dan hakim kurangkan lagi hukuman denda tu dan semua pihak terselamat dari "melanggar" Artikel 48 Perlembagaan Persekutuan.

Tapinya, dari 'bisikan angin lalu' aku cukup yakin takkan ada PRK di parlimen Batu kali ni. Tapi kalau ada pun PRK ok jugak. Kurang-kurang pun ada jugak 'kerja' untuk blogger yang dah lama 'mengganggur' semenjak PRK Hulu Selangor hari tu.

Nota kaki makan cekam:  Tanpa prejudis
 

SOALAN MATHS UPSR,PMR,SPM 2010. JGN TERLEWAT!CEPAT!
Promosi percuma Website atau Blog anda di sini
Jom join pay per click pertama Malaysia
Baca Email dapat cash
Media Pengiklanan Baru
Affiliates domain. $0.10 USD for every referal
Iklan text di sini, cuma RM10

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...