Isu Parlimen Batu : Cadangan paling bangang | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Isnin, Jun 21, 2010

Isu Parlimen Batu : Cadangan paling bangang

Aku senaraikan pilihan ada setakat ni yang aku terbaca untuk isu Parlimen Batu.
  1. Tian Chua diistiharkan kekal sebagai Ahli Parlimen Batu dan dalam masa yang sama mengganggap semua ahli bahasa sebagai bangang pasai sampai hari ni takdak sorang pun ahli bahasa yang bagi komen pasai ayat dalam Artikel 48 Perlembagaan Persekutuan tu yang cukup jelas dan terang.

  2. Parlimen istiharkan Tian Chua terlucut jawatannya secara automatik dan mengarahkan SPR adakan pilihanraya kecil. Satu tindakan yang tak dipersetujui oleh kedua-dua pihak. Tian Chua tidak bersetuju pasai dia percaya dia masih wakil rakyat yang sah dan Umno BN pun tak setuju pasai takut nak hadapi pilihanraya kecil di Parlimen Batu.

  3. Tian Chua buat rayuan tapi Tian Chua dah pun buat kenyataan bertegas takkan buat rayuan. Kalau rayuan dibuat besar kemungkinan hakim Mahkamah Rayuan akan kurangkan lagi jumlah denda contohnya denda RM1,500 yang jelas tak membatalkan status sebagai wakil rakyat. Selesai masalah.

  4. Tian Chua boleh buat satu permohonan baru di mahkamah bagi mengisytiharkan bahawa kerusi disandangnya tidak kosong dan beliau masih layak untuk terus memegangannya dengan menggunakan alasan  yang diketengahkan oleh hakim yang mendengar rayuannya minggu lalu bagi beliau mahu pilihan raya kecil dielakkan. Mahkamah mesti setuju punya. Selesai masalah.

  5. Tian Chua memilih hukuman penjara 2 bulan menggantikan jumlah denda RM2,000 tu, jadinya dia terlepas dari beban denda RM2,000 yang dipertikaikan dari segi maksud ayat dalam artikel 48 Perlembagaan Persekutuan tu. Hukuman penjara tak kurang 1 tahun baru lucut jawatan wakil rakyat. Selesai masalah.

Pada aku cadangan untuk pilihan yang no. 5 tu yang paling "bangang". Pilihan tu dicadangkan oleh Timbalan Speaker,Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

Dia ingat masuk penjara tu macam makan angin ke Goldcoast kut. Apa la punya bangang punnya Timbalan Speaker. Lain la kalau Tian Chua tu ketua mafia kat belah negara Amerika Latin. Pasainya ada yang kata penjara kat belah sana layan elok ketua mafia. Bilik Penjara siap ada aircond.


   Cenangau Daunkari

Nota kaki makan cekam:  Tak pasai Tian Chua sanggup masuk penjara hanya untuk 'tutup' kelemahan pihak lain.


SOALAN MATHS UPSR,PMR,SPM 2010. JGN TERLEWAT!CEPAT!
Promosi percuma Website atau Blog anda di sini
Jom join pay per click pertama Malaysia
Baca Email dapat cash
Media Pengiklanan Baru
Affiliates domain. $0.10 USD for every referal
Iklan text di sini, cuma RM10

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...