Suarasa boleh takkan judi bola tak boleh? | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Ahad, Jun 06, 2010

Suarasa boleh takkan judi bola tak boleh?

Nampaknya Vincent Tan tak puas hati, walaupun dah dapat lesen untuk judi baru, dia mungkin tak boleh jalankan bisnes tu hampir separuh dari semenanjung Malaysia.   

Tambah dia tak puas hati bila tak dapat jalankan bisnes tu di negeri-negeri kaya macam Selangor dan Penang yang mngkin negeri paling ramai bakal pelanggan bisnes baru dia.

Dia mungkin tak berapa kisah sangat kalau Kelantan, Terengganu atau Kedah tak bagi dia masuk, tambah lagi kalau setakat Perlis. Tapi kalau dah Selangor dan Penang pun tak bagi masuk, memang lari banyak untung dia.   

Lagi pun untung dari bisnes tu pun mungkin dia kena support kat 2 negeri tu untuk tolong Umno BN tukar balik kerajaan. Dah la untung kurang, nak kena sponser lagi.   

Pasai tu la dia sanggup merayu macam yang eBel News laporkan:  
Jutawan Tan Sri Vincent Tan merayu kerajaan-kerajaan negeri yang diterajui Pakatan Rakyat (PR) supaya "bersikap adil" dan menarik balik larangan dikenakan ke atas premis judi sukan di negeri masing-masing.

Setakat ini Selangor, Kedah dan Pulau Pinang mengisytiharkan tidak akan membenarkan aktiviti pertaruhan sukan di negeri-negeri berkenaan.

"Saya akan merayu kepada mereka agar adil (dalam hal ini)," kata Tan. - eBel News
Apa salah dia cuba merayu. Mana tau, mungkin dia boleh dapat nasib baik macam TV9.

Setpol MB Kedah tulis dalam blog dia:  
Pihak TV9 telah merayu berulang kali kepada kerajaan menerusi semua saluran yang ada sejak berita itu disiarkan, untuk menganjurkan program itu di Kedah untuk tahun ini memandangkan semua persiapan dan hebahan telah dibuat.
.
Atas sikap toleransi dan kemanusiaan, setelah mengambil kira persiapan peniaga dan usahawan yang akan terlibat dalam program itu, kerajaan melalui mesyuarat EXCO semalam memutuskan TV9 sebagai penganjur boleh menyewa tapak di perkarangan stadium tetapi kerajaan negeri tidak akan terlibat langsung dengan program itu. Tidak ada sebarang keistimewaan dan pengecualian, termasuk tidak memberi sebarang sumbangan dan tajaan, YAB MB tidak akan hadir, agensi kerajaan tidak akan menyewa ruang niaga/pameran dan mereka perlu membayar sewa tapak dan semua kemudahan yang digunakan seperti penganjur program lain di tapak itu. - Setopol MB Kedah

Mana tau kut-kut ada yang sanggup jadi kabel depa. Mana tau kut-kut depa boleh masuk ikut kabel istana. Puak-puak Pakatan Rakyat ni bukan boleh harap sangat, kadang-kadang depa wala dengan istana lebih dari wala dengan prinsip.

Cumanya aku harap pihak stana tak rabun mata dan terlupa hukum bila dilonggok bertimbun kertas cap kepala agong depan depa.


Nota kaki makan cekam:  Suarasa TV9 boleh takkan judi bola tak boleh??
 

SOALAN MATHS UPSR,PMR,SPM 2010. JGN TERLEWAT!CEPAT!
Promosi percuma Website atau Blog anda di sini
Jom join pay per click pertama Malaysia
Baca Email dapat cash
Media Pengiklanan Baru
Affiliates domain. $0.10 USD for every referal
Iklan text di sini, cuma RM10

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...