Ketua Polis Negara digesa mendedahkan nama pengganas dan mendakwa mereka ke mahkamah atau didakwa "merekacipta dan menyiarkan kenyataan palsu untuk memburuk-burukkan Islam dan umat Islam di negara ini."Mungkinkah kenyataan Musa Hassan berkenaan 'pengganas JI' tu pun sebahagian dari 'nasihat' dari APCO, dengan tujuan nak alihkan dari macam-macam isu dan dalam masa yang sama mungkin jugak nak ujudkan persepsi "bukan Israil saja yang pengganas tapi orang Islam pun pengganas."
Pengerusi kumpulan hak asasi manusia, Citizens International, S. M. Mohamed Idris (gambar) dalam kenyataannya mengutuk sekeras-kerasnya propaganda hitam yang didedahkan oleh unit Polis Indonesia Detachment 88 dan disiarkan dalam media tempatan dengan tajuk utama yang menonjol bahawa ulama Indonesia yang dihormati Abu Bakar Bashir didakwa membantu membiayai dan menyokong sarang pengganas bersenjata di Acheh.
Kini, polis Malaysia pula mendakwa kononnya "pengganas merancang untuk memusnahkan kuil Batu Caves di Kuala Lumpur dan kuil Kuan Yin di Air Itam, Pulau Pinang. - eBel News
Tak pasai-pasai pulak depa tuduh ada golongan yang nak musnahkan kuil Hindu di Batu Cave dan tokong Kuan Yin di Air Hitam.
Apa sangat kesannya tokong dan kuil tu ke atas orang Islam yang 'pengganas JI' nak marah sangat. Kalau betui 'pengganas JI' nak musnahkan, ada berlambak lagi bangunan yang ada 'kepentingan Amerika' yang 'pengganas JI boleh musnahkan.
Pasainya, kalau ikut skrip yang dimainkan di seluruh dunia, 'pengganas JI' tu mana ada marah kat orang Hindu atau orang Budha. Yang depa benci sangat kat Zionis Israel dan pihak yang bersekongkol dengan Zionis Israel terutamanya Amerika dan negara barat lain.
Apakejadah pulak 'pengganas JI' yang dikatakan satu gerakan dunia, tiba-tiba kat Malaysia berlainan agenda dan cara bertindak. Langsung tak logik. Mana mungkin macam yang depa kata "negara ni jadi pusat latihan JI" tapi di sini menggunakan modul yang berbeza dari modul yang nak diguna di seluruh dunia.
Jadinya, aku sokong sangat gesaan SM Idris tu. KPN jangan pandai suka-suka cakap apa yang dia nak cakap. Dia kena buktikan memang betui ada 'pengganas JI' tu dengan cara mendakwa depa yang dikatakan terlibat.
Maksud aku bukan dengan cara tangkap dan sumbat dalam penjara guna ISA. Tapi gunakanlah bukti yang depa kata ada tu untuk dakwa pihak-pihak yang berkenaan di mahkamah.
Kalau sampai ke sudah tak dak sapa pun yang didakwa di mahkamah, jangan la marah kalau orang ramai tak percaya dengan apa yang PKN cakap. Jangan marah kalau orang ramai kata Musa Hasan penipu.
Nota kaki
SOALAN MATHS UPSR,PMR,SPM 2010. JGN TERLEWAT!CEPAT!
Promosi percuma Website atau Blog anda di sini
Jom join pay per click pertama Malaysia
Baca Email dapat cash
Media Pengiklanan Baru
Affiliates domain. $0.10 USD for every referal
Iklan text di sini, cuma RM10