eBel News melaporkan:
Langkah pentadbiran Najib baru-baru ini untuk meluluskan lesen pertaruhan sukan kepada syarikat milik jutawan Tan Sri Vincent Tan bertujuan "menghormati" hak-hak kaum bukan Islam negara ini, kata Datuk Seri Nazri Aziz.Dari apa yang Nazri Aziz ni ulas dia nak suruh kita tengok isu ni dari sudut warganegara Malaysia yang beragama lain dari Islam. Dengan kata lain dia macam nak bagitau kat kita yang agama lain selain Islam membenarkan judi.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu berkata kerajaan perlu mengambil kira hak warganegara lain, bukan hanya golongan Islam yang merupakan majoriti penduduk negara ini. - eBel News
Aku tak tau berkenaan hukum berjudi ni dalam agama lain, tapinya aku yakin semua orang sedar yang judi ni lebih bawa keburukan berbanding kebaikan.
Aku jugak yakin semua agama kat dunia ni takmau penganutnya rosak. Kalau boleh dihimpun semua orang alim agama lain kat Malaysia ni dan kita buat dialog aku yakin paling kurang pun majoriti depa semua akan setuju judi diharamkan kalaupun tak semua.
Kita andaikanlah semua agama kat Malaysia ni tak mengharamkan judi selain Islam dan atas dasar tu untuk hormati hak depa, kerajaan kena bagi lesen judi.
Jadinya, untuk adil dan sama rata, kerajaan kena bagi jugak lesen dadah pasai aku yakin dalam agama lain dadah jugak tak diharamkan sama seperti judi tak diharamkan. Tapi pasai apa kerajaan haramkan dadah tapi nak halalkan pulak judi.
Boleh ka macam tu?
Yang sebenarnya Nazri ni bukan nak "menghormati" hak-hak kaum bukan Islam tapi nak "menghormati" hak-hak Vincent Tan supaya lepas ni Vincent Tan pulak "boleh menghormati" hak-hak Umno BN.
Nota kaki
SOALAN MATHS UPSR,PMR,SPM 2010. JGN TERLEWAT!CEPAT!
Promosi percuma Website atau Blog anda di sini
Jom join pay per click pertama Malaysia
Baca Email dapat cash
Media Pengiklanan Baru
Affiliates domain. $0.10 USD for every referal
Iklan text di sini, cuma RM10