Rasuah Pasir Selangor: Dedah sapa punya angkara. | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Khamis, Jun 03, 2010

Rasuah Pasir Selangor: Dedah sapa punya angkara.

eBel New melaporkan:
SHAH ALAM, 2 Jun - Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan Selangor (Selcat) Rabu mempertikaikan pengurusan kerajaan negeri Selangor yang dikatakan gagal mencapai unjuran perolehan hasil royalti pasir sebanyak RM127 juta bagi 2009.

Pengerusinya, Teng Chang Khim berkata unjuran tersebut tidak seharusnya dibuat oleh kerajaan negeri memandangkan hasil pasir sebenar pada tahun tersebut hanya mencatatkan jumlah RM5.7 juta bagi tahun berkenaan.  

Katanya, meskipun kerajaan negeri telah menubuhkan anak syarikat untuk menguruskan sumber berkenaan iaitu Kumpulan Semesta Sdn. Bhd. (KSSB), unjuran itu sebenarnya tidak praktikal selain menunjukkan perbezaan yang amat besar berbanding perolehan sebenar yang diterima oleh kerajaan negeri. - eBel News
Aku harap sangat kes ni diselesaikan denga penuh ketelusan. Tak kira sapa, kalau ada yang buat salah laku, kena ambik tindakan. Kalau perlu dikambing hitamkan Exco pun takpa. Janji Kerajaan PR Selangor bukan sahaja bersih tapi yang lebih penting juga dilihat bersih.

Yang tambah bagi nampak tak bersih bila bonus yang dibagi kepada kakitangan KKSB tu nampak macam nak menunjuk-nunjuk.

Utusan melaporkan:

Pengerusi Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan Selangor (Selcat), Teng Chang Khim yang mempersoalkan kewajaran itu berkata, pemberian bonus berkenaan dilihat seolah-olah tidak begitu rasional memandangkan syarikat berkenaan masih baru ketika itu.

Malah katanya, pemberian bonus sebanyak dua bulan yang dibuat dalam tempoh September 2008 manakala bakinya secara purata 3.5 bulan sehingga Jun 2009 itu sebenarnya dilihat meragukan kerana ketika itu KSSB hanya mempunyai dua lombong pasir yang beroperasi untuk menjana keuntungannya.

"Bagaimana sebuah syarikat yang baru ditubuhkan membayar bonus dalam jumlah yang besar (enam bulan) kepada kakitangannya sedangkan syarikat-syarikat besar seperti MAS dan Maxis Berhad (syarikat telekomunikasi) tidak memberikan bonus sebanyak itu," katanya. - Utusan
Yang aku paling mushkil, takkan Lembaga Pengarah KKSB tu boleh senang wenang luluskan bonus sebanyak tu tanpa pengetahuan Kerajaan Negeri.

Lagi satu, kan ka syarikat tu Kerajaan Negeri yang tubuhkan, takkan Kerajaan Negeri takdak wakil dalam Lembaga Pengarah tu.

Takkan unjuran RM127juta boleh dapat 5.7juta saja. Takkan boleh dapat kutip 5% pun tak sampai, nampak mengarut sangat ni.

Aku harap sangat orang yang buat salah laku dalam kes ni diambil tindakan. Biar kes ni jadi rujukan dan bukti yang Pakatan Rakyat memang benar-benar ikhlas nak hapuskan rasuah dan salah laku.

Nota kaki makan cekam:  Aku harap takdak campur tangan politik dalam kes ni, tak kira atas apa alasan sekalipun.

SOALAN MATHS UPSR,PMR,SPM 2010. JGN TERLEWAT!CEPAT!
Promosi percuma Website atau Blog anda di sini
Jom join pay per click pertama Malaysia
Baca Email dapat cash
Media Pengiklanan Baru
Affiliates domain. $0.10 USD for every referal
Iklan text di sini, cuma RM10

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...