Aku rasa yang lagi buat depa terasa hati bila anak Presiden MCA, Chua Tee Yong dilantik sebagai Timbalan Menteri. Walaupun baru berumur 33 tahun tapi Najib mempertahankan lantikan tu sebagai "berdasarkan merit".
Najib dikatakan tidak melantik Khairy ke dalam kabinet atas alasan "nak tunjukkan kepada masyarakat bahawa Pemuda Umno sedia berkhidmat dalam parti dahulu."Satu alasan yang cukup janggal pasai dalam masa yang sama Najib melantik Chua Tee Yong
Tambahan pulak Najib terpaksa lantin beberapa orang sebagai senator untuk membolehkan depa dilantik ke dalam rombakan kabinet terbatu Najib tu.
Lagi buat sakit hati depa bila Najib masih kekalkan timbalan Khairy - Datuk Razali Ibrahim - dan Datuk Mukhriz Mahathir, yang tidak mempunyai jawatan dalam Pemuda Umno, sebagai timbalan menteri.
Walaupun secara terang beberapa ketua pemuda Umno negeri suarakan rasa tak puas hati depa, aku yakin sikit pun tak bagi kesan kepada Najib. Pasainya Najib cukup kenai tara mana sangat tak puas hati depa tu.
KhaIry sendiri katanya tidak kecewa dengan tindakan Presiden Umno tu dan katanya tidak eretui tindakan beberapa ketua Umno negeri yang bantah tindakan Najib tu secara terbuka. Tapi dalammasa yang sama Khairy juga ucapkan terima kasih kat depa pasai menunjukkan sokongan kepada dia sebagai Ketua Pemuda Umno.
Pada aku, "PADAN MUKA". Pasainya pada aku patutnya dia pastikan dia dilantik ke dalam kabnet masa mentua dia jadi PM lagi. Kalau masa tu dia dah masuk dalam parlimen takkan Najib berani nak buang dia. Lagi pun bukan dia tak kenai Najib. Bukan dia taktau amalan biasa Umno yang Mahathir terapkan lebih 20 tahun.
Dalam Umno mana boleh melawan PM. Bukan takat tak boleh lawan, dilihat macam nak melawan pun tak boleh. Tambah-tambah lagi la kalau dilihat boleh mengancam kedudukan.
Takkan dia taktau antara selogan utama dalam Umno yang tersirat tapi tak tersurat adalah "Know Who not Know How"
Berkaitan
- Khairy tak terpilih pasai tak cukup merit
- KJ: Terima kasih... tapi jangan komen lagi
- 'PM, jangan lupa KJ sampai tiga kali'
- Najib diminta pertimbang Khairy dalam kabinet
Nota kaki
SOALAN MATHS UPSR,PMR,SPM 2010. JGN TERLEWAT!CEPAT!
Promosi percuma Website atau Blog anda di sini
Jom join pay per click pertama Malaysia
Baca Email dapat cash
Media Pengiklanan Baru
Affiliates domain. $0.10 USD for every referal
Iklan text di sini, cuma RM10