Najib bertegas tiada lesen judi kepada Ascot Sports | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Rabu, Jun 16, 2010

Najib bertegas tiada lesen judi kepada Ascot Sports

eBel News melaporkan:
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menegaskan Kementerian Kewangan tidak mengeluarkan sebarang lesen pertaruhan kepada Ascot Sports, syarikat Kumpulan Berjaya yang dimiliki jutawan Tan Sri Vincent Tan.

Sehubungan itu Najib juga menegaskan beliau tidak akan membuat sebarang kenyataan tambahan berhubung isu judi sukan.

“Saya sudah pun membuat keputusan, tidak ada lagi kenyatan mengenai perkara ini.

“Tidak, lesen bukannya isu (sekarang),” kata beliau kepada wartawan diJabatan Hal Ehwal Islam Wilayah Persekutuan di sini.

Menteri Kewangan kelihatan cuba mengelak mengulas isu lesen pertaruhan selepas Kumpulan Berjaya menerusi kenyataan kepada Bursa Malaysia mengesahkan bahawa Perbendaraan telah mengeluarkan lesen kepada Ascot Sports.
Nampak gayanya dalam isu judi sukan ni, PM 'bersilat' guna jurus yang dia selalu guna dalan isu Altantuya sebelum ni.

Caranya cukup sekadar nafi dan tak mau ulas panjang-panjang. Nafi sekali lepas tu cuma ulang kata dia dah buat keputusan. Wartawan nak tanya lebih-lebih pun mungkin jadi tak berapa nak kena.

Aku rasa Najib akan bersilat guna jurus ni paling kurang pun sampai habih Demonstrasi Bantah Judi Bola yang Pemuda PAS anjurkan 3 Julai nanti.

Mungkin Najib akan tengok sambutan demonstrasi 3 Julai ni. Kalau nampak bantahan rakyat cukup hebat, aku yakin Najib akan bantal terus lesen judi sukan tu, dan mungkin terpaksa fikir cara lain pulak untuk 'bantu' Vincent Tan untuk 'bantu' Umno BN.

Kalau bantahan rakyat tak tara mana, tak mustahil Najib akan teruskan niat di hati nak bagi lesen judi sukan kepada Vincent Tan dan jugak mungkin lain-lain lesen judi yang memang satu bisness yang cukup mudah nak dapat tunai.

Nota kaki makan cekam:  Gila judi, pasai judi semua orang jadi gila!!!
 

SOALAN MATHS UPSR,PMR,SPM 2010. JGN TERLEWAT!CEPAT!
Promosi percuma Website atau Blog anda di sini
Jom join pay per click pertama Malaysia
Baca Email dapat cash
Media Pengiklanan Baru
Affiliates domain. $0.10 USD for every referal
Iklan text di sini, cuma RM10

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...