Kalau betul-betul mau berkorban... | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Rabu, Jun 16, 2010

Kalau betul-betul mau berkorban...

Pengorbanan untuk rakyat kawasan dia konon. Berkorban apanya? Untuk rakyat apanya?

Takkan dia tak tengok macamana rakyat si Changkat Jering sebelum dan selepas Osman Jailu lompat. Takkan dia tak tengok di Behrang sebelum dan selepas Jamaluddin Radzi lompat. macam tu jugak takkan dia tak tengok keadaan rakyat di Jelapang sebelum dan selepas Hee Yit Foong lompat. Takdak beza apa-apa, malah mungkin lebih teruk lagi dari sebelum wakil rakyat disitu melompat.

Bai ni nak tipu sapa? Taktau la kalau masih ada rakyat kawasan dia yang bangang, masih terkurung bawah tempurung, yang boleh percaya cerita pengorbanan dia tu. Pengorbanan pasai nak bagi pembangunan dan kesejahteraan konon!

Kalau betui dia sedia berkorban untuk rakyat Dun Malim Nawar, sepatutnya dia letak jawatan sebagai wakil rakyat. Biar SPR terpaksa buat pilihanraya kecik. Bila ada pilihanraya kecik, baru la nampak nilai pengorbanan dia kepada rakyat Dun Malim Nawar.

Pasainya, bila ada PRK, dh tentu-tentu mencurah-curah peruntukan turun. Bukan takat peruntukan turun semua kementerian pun turun sama dengan bermacam-macam peruntukan yang depa ada. 

Ada yang pi bawak sekolah baru, ada yang pi bawak dewan baru, ada yang pi bawak masjid surau malah kuil tokong dan gereja baru pun ada yang mungkin bawak. Kalau takat buat jalan, tempoh 3 kali PRU pun tak sama jalan yang diturap baru untuk PRK. Habih jalan diturap sampai ke kaki tanggan reban ayam pun depa turap sama.

Paling kurang pun bila ada PRK, ramai peniaga dan bakal peniaga segera boleh tumpang tambah rezeki. Mungkin rezeki tu tak sebesar kalau buat Piala Dunia kat situ tapi kalau banding dengan Sukma, PRK lagi untung untuk peniaga.

Jadinya kalau betui ikhlas sanggup berkorban untuk rakyat Dun Malim Nawar, Kashvinder Singh patutnya memilih letak jawatan dari lompat sokong BN.

“Saya Keshvinder Singh, Adun Malim Nawar mengumumkan bahawa saya keluar dari DAP dan melepaskan semua jawatan dalam DAP dan mengisytiharkan bahawa mulai hari ini, saya menjadi Adun Bebas,”

“Keputusan ini pengorbanan saya kepada rakyat kawasan saya kerana saya sedar saya bakal menghadapi cemuhan dan tuduhan dari pelbagai pihak tetapi demi kepentingan, kesejahteraan dan masa depan rakyat saya memilih untuk rakyat Malaysia.”

“Saya juga sedar bahawa hanya kerajaan Barisan Nasional yang boleh membawa pembangunan dan kesejahteraan kepada rakyat terutama ke kawasan seperti kawasan saya yang terletak di luar bandar dan saya sedar sepanjang saya menjadi Adun, kawasan saya iaitu DUN Malim Nawar memerlukan banyak lagi pembangunan,”

“Saya amart tertarik serta amat meyakini corak dan cara kepimpinan kerajaan BN hari ini terutama konsep 1Malaysia yang merupakan pendekatan realiti yang terbaik untuk rakyat Malaysia,”

“Saya juga sebenarnya kecewa dengan cara kepimpinan DAP dan Pakatan Rakyat Perak yang terlalu banyak berpolitiking sehingga mengabaikan tanggungjawab sebagai wakil rakyat yang saya lihat amat merugikan rakyat dan saya tidak mahu rakyat di kawasan saya turut menjadi mangsa,” Kashvinder Singh
Nota kaki makan cekam:  Kalau teringin nak jadi kaya,  jangan jadi calon pilihanraya.
 

SOALAN MATHS UPSR,PMR,SPM 2010. JGN TERLEWAT!CEPAT!
Promosi percuma Website atau Blog anda di sini
Jom join pay per click pertama Malaysia
Baca Email dapat cash
Media Pengiklanan Baru
Affiliates domain. $0.10 USD for every referal
Iklan text di sini, cuma RM10

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...