Mungkinkah Khalid tersingkir? | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Jumaat, Jun 25, 2010

Mungkinkah Khalid tersingkir?

Desas-desus pasai ada orang PKR tak puas hati dengan Khalid Ibrahim sebagai MB Selangor memang dah lama timbui. Katanya masa Kongress PKR di Kelantan baru ni, dia teruk dihentam oleh perwakilan.

Semalam bila Azmin letak jawatan sebagai Pengerusi PKNS ada yang kata langkah Azmin tu sebagai isyarat kepada Khalid yang Azmin bukan main-main. Ada jugak khabar angin kata ada 15 orang Ahli Parlimen PKR yang bersama dengan Azmin nak desak Khalid letak jawatan sebagai MB.

Masa Setiausaha Politik MB ditukar pun, timbul jugak cerita. Katanya orang yang PKR setuju untuk dilantik ganti Nik Nazmi tu orang lain, tiba-tiba nama Faekah Husin pulak yang diumum. Faekah juga adalah Setiausaha Politik kepada Presiden PKR

Ada jugak dengar bunyi kata Faekah tu tak sesuai pasai dia bukan "orang grassroot" yang diharap boleh jadi "jambatan" antara pejabat MB dengan Parti hingga ke akar umbi.

Walaupun kesemua khabar angin tu secara rasmi dinafikan oleh pihak-pihak yang terlibat tapi bak kata orang tua-tua "takdak angin takkan pokok bergoyang".

Aku pulak kata, khabar angin ni, "kalau takdak sedepa pun macam yang heboh orang kata, takat sejengkal takkan takdak."

Mulai esok PKR akan adakan  satu retreat 2 hari di Shah Alam. Mungkinkah retreat tu akan jadi titik akhir Khalid sebagai MB selangor?

eBel News melaporkan:
Permukiman dua hari PKR akan diadakan Shah Alam mulai esok berikutan laporan bahawa sekumpulan 15 ahli parlimen daripada PKR bergabung tenaga untuk menyingkirkan Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor.

Sebelum ini, beberapa media menyebut semua anggota parlimen PKR itu mahu Khalid berundur dan melepaskan jawatan sebagai menteri besar Selangor.

Khalid, ketika menyampaikan hak milik tanah kepada penduduk di Kampung Sungai Yu, di Kuala Selangor hari ini berkata laporan itu sebagai hanya satu spekulasi.

Ditanya apa tindakan beliau sekiranya diberikan surat mengandungi desakan kumpulan itu, Abdul Khalid berkata: "saya akan terima dan baca".

Mengulas mengenai kemungkinan pakatan itu berupaya merombak kepimpinan PKR pada pemilihan parti hujung tahun ini, beliau berkata: "saya tidak tahu."

Difahamkan, kumpulan sama juga akan menyampaikan cadangan itu kepada kepimpinan PKR semasa pemukiman parti itu.

Bagaimanapun pengarah strategik PKR, Tian Chua yang dihubungi Bernama tidak mengulas perkara itu tetapi sebaliknya berkata persediaan menghadapi pilihan raya menjadi antara agenda yang akan dibincangkan pada sesi dua hari itu. - eBel News



   Cenangau Daunkari

Nota kaki makan cekam:  Takkan PKR masalah teruk sampai macam tu sekali kut. Takkan "Ketua Umum" pun dah tak boleh handle...


SOALAN MATHS UPSR,PMR,SPM 2010. JGN TERLEWAT!CEPAT!
Promosi percuma Website atau Blog anda di sini
Jom join pay per click pertama Malaysia
Baca Email dapat cash
Media Pengiklanan Baru
Affiliates domain. $0.10 USD for every referal
Iklan text di sini, cuma RM10

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...