1. Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan jutaan terima kasih atas pandangan dan nasihat yang bertalu-talu dikirimkan kepada saya dari seluruh negara. Semoga Allah memberikan kebaikan atas keprihatinan semua pihak. Hubungan perasaan kasih dan mengharapkan kebaikan yang digambarkan itu, amat mengharukan saya.
2. Atas keprihatinan itu, saya mengambil kesempatan untuk menyeru kepada semua rakyat Malaysia, terutama generasi muda; tanpa mengira agama, bangsa dan tempat untuk mendaftarkan diri bagi membolehkan anda mengundi bagi pilihanraya yang akan datang.
3. Hal ini perlu, bagi memastikan suara dan perasaan rakyat terutama generasi muda dapat diterjemahkan dalam sebuah sistem demokrasi. Semoga impian untuk melihat Malaysia yang cemerlang, adil, aman dan berteraskan nilai-nilai yang luhur akan dapat dizahirkan dalam pilihanraya akan datang.
4. Suara generasi muda yang mempunyai minda yang celik dan sentiasa peka kepada keperluan kepada sebuah negara yang mampu menjamin hak rakyat, keamanan dan keadilan untuk setiap individu rakyat amat dituntut.
5. Islam yang progresif, realistik dan bebas dari sifat fanatik melulu amat diperlukan dalam mencorakkan masa depan negara ini.
6. Marilah pastikan kita semua mendaftarkan diri sebagai pengundi untuk pilihanraya akan datang demi kebaikan untuk semua.
Sumber: Minda Tajdid
Komen aku: Terima kasih kepada Dr. Asri pasai tolong promosi suruh orang ramai mendaftar sebagai pengundi. Memang cukup cantik Dr. Asri ambik kesempatan sempena kontroversi ura-ura dia nak masuk Umno Jumaat ni dengan kempen ni.
Aku yakin ramai yang tertunggu-tunggu komen Dr. Asri seelalu masuk portal Minda Tajdid. Tak kira la apa pun niat sebenar dia buat kempen tu yang penting moga-moga makin bertambah orang yang cintakan Islam mendaftar sebagai pengundi dan akan makin kurang yang kata "politik pilihanraya tu bidaah".
Untuk peringatan kepada semua, tempoh pendaftaran untuk suku ke-2 tahun 2010 ni akan berakhir pada 30 Jun ni, ada tinggal 8 hari saja lagi.Kalau daftar lepas pada tarikh tu maksudnya nama akan masuk untuk suku ke 3 yang akan disahkan paling awal pun pertengahan bulan Oktober.
Maksudnya kalau ada PRK sebelum tarikh tu memang sah tak boleh mengundi kalau tak daftar sebelum atau pada 31 Jun 2010.
Jadinya, tolong semak orang-orang sekeliling kita. Jangan sampai ada yang belum mendaftar lagi. Kalau ada yang belum mendaftar, tolong pastikan depa mendaftar pada mana-mana PPS (Penolong Pendaftar SPR) yang ada dilantik dari setiap parti di setiap DUN. Ataupun boleh pi ke mana-mana pejabat pos berkomputar.
Jangan menyesal kalau ada PRK dalam masa terdekat ni kat tempat hangpa dan calon pilihan hangpa kalau 1 undi sedangkan anak bini hangpa pun belum mendaftar walaupun dah lama cukup 21 tahun.
Sebagai peringatan, layak mendaftar sebagai pengundi jika lahir sebelum atau pada 30 Jun 1989
Cenangau Daunkari
Nota kaki
SOALAN MATHS UPSR,PMR,SPM 2010. JGN TERLEWAT!CEPAT!
Promosi percuma Website atau Blog anda di sini
Jom join pay per click pertama Malaysia
Baca Email dapat cash
Media Pengiklanan Baru
Affiliates domain. $0.10 USD for every referal
Iklan text di sini, cuma RM10