Khairy tak terpilih pasai tak cukup merit | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Khamis, Jun 03, 2010

Khairy tak terpilih pasai tak cukup merit

Malaysiakini melaporkan:
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mempertahankan pelantikan ahli parlimen Labis Chua Tee Yong sebagai Timbalan Menteri Pertanian dan Asas Tani yang baru. 

Menurut Najib, pihaknya telah membuat saringan ke atas senarai mereka yang berpotensi dan mendapati Tee Yong memenuhi kriteria untuk mengisi jawatan berkenaan.

"Umur tidak penting. Kita tidak memilihnya hanya kerana ayahnya presiden MCA. Kita melantiknya berdasarkan keupayaannya,” kata Najib selepas bermesra dengan penduduk Sea Park, SS2, di Petaling Jaya.

Tee Yong, 33, dianggap budak mentah - dia bertanding dan menang di kerusi Labis pada pilihan raya umum 2008, yang sebelum ini disandang selama empat penggal oleh bapanya, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek yang terpaksa mengundurkan diri kerana terbabit dengan skandal video seks. - Malaysiakini
Merit mengikut Kamus Dewan bermaksud "sifat, kualiti, perbuatan, dsb yg patut layak mendapat kepujian atau peng­hargaan"

Mula-mula sekali, kalau ikut kata Najib, kita kena terima yang BN pilih 'budak mentah' berumur 33 tahun tu sebagai calon ganti tempat ayah dia pasai dia ada merit. Dan sekarang ni dia dilantik sebagai Timbalan Menteri pun kerana merit.

Mungkin kut dia ni ada pengalaman lama jadi petani ataupun lama uruskan petani ataupun di ada kelulusan bidang pertanian. Jangan pulak pasai tia pun hebat jugak bab "tanam menanam kat hotel" macam ayah dia.

Dari segi lain, kita boleh kata, dalam ramai-ramai lagi wakil rakyat BN tu memang cukup-cukup tak layak untuk jadi timbalan menteri sampai Najib terpaksa lantk sorang 'budak mentah' berumur 33 tahun. Mungkin jugak pasai dah takdak sapa yang cukup merit nak dilantik jadi senator untuk jadi Timbalan Menteri.

Ataupun mungkin kut makna 'merit' yang PM Malaysia faham tak sama dengan maksud merit dalam Kamus Dewan.

Yang nyatany, Najib seolah-olah nak bagitau kepada semua ahli Pemuda Umno yang ketua depa tu tak cukup merit. Kesian...


Nota kaki makan cekam:  Aku cukup suka Najib tak lantik Khairy jadi menteri.. biar bertambah orang muda terutama sekali Pemuda Umno yang tak suka kat Najib.

SOALAN MATHS UPSR,PMR,SPM 2010. JGN TERLEWAT!CEPAT!
Promosi percuma Website atau Blog anda di sini
Jom join pay per click pertama Malaysia
Baca Email dapat cash
Media Pengiklanan Baru
Affiliates domain. $0.10 USD for every referal
Iklan text di sini, cuma RM10

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...