Kesian Ulama muda, kena fitnah pasai percaya kat Umno | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Selasa, Jun 29, 2010

Kesian Ulama muda, kena fitnah pasai percaya kat Umno

Sebelum ni heboh dialam maya kata ada ulama' yang kena tipu dengan Shahidan depa kata depa bukan pi PWTC tu pasai nak masuk Umno tapi depa cuma nak jumpa Najib nak mintak bersihkan nama persatuan depa.   

Sinar harian melaporkan:
Dalam satu sidang media di sini semalam, Abdul Wahab berkata, tidak pernah mengisi sebarang borang untuk menyertai parti itu dan semuanya hanya tipu muslihat yang dimainkan oleh pihak tertentu dalam UMNO yang dilihat cuba mencari publisiti untuk kepentingan politik mereka.

Menurutnya, tujuan sebenar beliau hadir ke majlis itu adalah mewakili Persatuan Al-Islah Perlis untuk berjumpa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bagi membersihkan nama persatuan mereka yang turut dikaitkan dengan isu Jemaah Islamiah (JI) dan keganasan.  - Sinarharian
Selain tu ada jugak yang kata depa pi sana sebab kata Najid nak jumpa bekas pelajar yang belajar di Jordan.

Harakahdaily melaporkan:
Empat ulama muda nafi menyertai Umno Jumaat lepas seperti dihebohkan media arus perdana sebaliknya mereka dijemput hadir kerana dikatakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ingin bertemu dengan lepasan Jordan.

Salah seorang daripada mereka, Ustaz Hosni Mubarak Abdul Hamid, 27, (gambar) dari Sungai Buloh berkata demikian ketika berucap menafikan perkara itu di majlis Pentas Pemuda Pakatan Rakyat anjuran Pemuda PAS Shah Alam di TTDI, dekat sini malam tadi.

“Kami dibawa masuk melalui bangunan sebelah Mall, naik escalator, pusing-pusing tiba-tiba sudah berada di dalam Bangunan Umno di PWTC, diminta beratur menyambut Najib datang dan bersalaman, ketika itu gambar diambil bertalu-talu. - Hrkh

Hari ni Bernama melaporkan Shahidan berkata:
Katanya, dakwaan yang dipetik oleh sebuah laman akhbar web Harakahdaily adalah satu pembohongan yang cuba mengelirukan orang ramai dan memburukkan Umno kerana keempat-empat lelaki yang mendakwa mereka adalah ulama, sebenarnya tidak diundang untuk menghadiri majlis penyerahan borang keanggotaan Umno kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak baru-baru ini.

"Saya terkejut dengan dakwaan berkenaan kerana mereka datang ke majlis kita tanpa dijemput dan hanya dibawa oleh seorang ustaz yang merupakan orang kuat Umno", katanya kepada pemberita di sini hari ini. - Bernama
Yang syoknya Shahidan siap kata "Pada mulanya saya menghalang kerana ia adalah majlis khas, bagaimanapun mereka beria-ia untuk menyertai dan berjumpa dengan Najib dan saya terpaksa akur."

Lain kali jangan nak percaya dengan orang Umno, tambah-tambah pulak kalau orang kuat Umno, jangan senang-senang nak percaya. Dengar depa cakap boleh tapi nak percaya nanti sat. Nak kena semak dulu apa yang depa kata tu.

Aku yakin, kalau ulama' muda yang 3 orang tu tanya dulu mana-mana pemimpin Pas Perlis, saheh dah takdak yang sokong idea depa nak pi jumpa Najib tu. Tambah-tambah pulak kalau pi PWTC hari yang sama dengan desas-desus kata ada 40 orang ulama' muda nak serah borang masuk Umno.


   Cenangau Daunkari

Nota kaki makan cekam:  Dengan pemimpin orang kuat Umno ni 10-1 pun belum tentu ada yang boleh dipercaya

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...