Cara pemimpin Umno perabih duit rakyat | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Khamis, Jun 24, 2010

Cara pemimpin Umno perabih duit rakyat

ADUN Sri Andalas iaitu Dr. A. Xavier Jayakumar hari ini dedahkan dalam blog dia apa yang CEO PNSB Khairiyah Abu Hassan cerita masa inquiry Selcat ke atas syarikat milik kerajaan negeri Selangor tu berkenaan perbelanjaan "Lawatan Sambil Belajar" keluar negara.

1. "Lawatan sambil belajar" ke Jakarta dan Jogjakarta selama 5 hari pada 20-24 April 2003 melibatkan kos keseluruhan RM201,452

Rombongan tu bertujuan nak tengok perusahaan batik di Indonesia yang kononnya sebagai persediaan pembukaan satu kilang Batik di Selangor.


Rombongan tu turut disertai isteri, anak perempuan dan pembantu rumah Dr. Khair.
  • Kos untuk tambang penerbangan Dr. Khair, isteri, anak dan pembantu rumah - RM37,695
  • Lain-lain kos untuk ahli rombongan lain - RM37,695
  • Sewa 2 hari limousine / Mercedes Benz in Jakarta: RM5,800
  • Sewa 2 hari limousine / Mercedes Benz in Jogjakarta: RM5,800

2. "Lawatan sambil belajar" ke Maghribi dan Paris selama 8 hari pada 17-24 Dis 2004 (termasuk transit 4 hari di Dubai) melibatkan kos keseluruhan RM900,000

Rombongan tu untuk mengkaji senibina Islam untuk diguna pakai di Selangor. Rombogan ni jugak pi ke Parit Disneyland dengan tujuan cari idea untuk taman tema yang nak dubuat di Bagan Lalang Sepang.

Selain dari 'deligasi' PNSB rombongan ni jugak disertai Dr. Khair,  isteri, anak dan pembantu rumah dia.

Katanya depa beli tiket masuk taman tema tu tapi tak pulak cuba nak jumpa wakil Disneyland.
  • Kos rasmi rombongan - RM416,000
  • Tambang penerbangan -  RM366,000
  • Ground arrangements: RM420,000
  • City travel: RM70,000
  • Perbelanjaan lain - RM43,000

3. "Lawatan sambil belajar" ke Honolulu (Hawaii) & Orlando (Florida) selama 9 hari pada 23 Dis 2007 hingga 1 Jan 2008 dengan kos keseluruhan RM646,841 tak termasuk tambahan tunai RM101,000




Katanya tujuan lawatan ni pun untuk 'technical study' untuk Taman Tema Bagan Lalang. Kali ni depa pi melawat Disney World.

Sekali lagi, depa beli tiket masuk taman tema tu tapi tak pulak jumpa wakil Disney World. Sebaliknya depa gunakan pemandu pelancong.

  • Kos luxury suite untuk Dr. Khair: RM110,000
  • Kos 6 single superior rooms untuk 'deligasi': RM171,000
  • Kos 1 twin-sharing room: RM24,800
Rombongan ni jugak disertai oleh Dr. Khair dengan keluarga dia. Khairiyah kata untuk trip ni Dr. Khair dan isteri dia guna penerbangan first class.

Rombongan ni katanya jugak melibatkan lawatan ke Miami Beach, island tours, dinner cruises dan  Honolulu city tour.
Kalau nak tengok apa yang Dr. Xavierdalam bahasa inggeris boleh baca kat blog dia, Suara Seri Andalas.



Betapa mudahnya pemimpin Umno nak pi bercuti ke luar negara. Bagi nama "Lawatan Sambil Belajar" semua kos akan ditanggung oleh Syarikat kepunyaan kerajaan Negeri.



   Cenangau Daunkari

Nota kaki makan cekam:  Bukan takat tambang dan hotel dan perbelanjaan lain ditanggung, siap dapat duti cash lagi tu...


SOALAN MATHS UPSR,PMR,SPM 2010. JGN TERLEWAT!CEPAT!
Promosi percuma Website atau Blog anda di sini
Jom join pay per click pertama Malaysia
Baca Email dapat cash
Media Pengiklanan Baru
Affiliates domain. $0.10 USD for every referal
Iklan text di sini, cuma RM10

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...