Takkan depa tak pernah dengar cerita tentang macamana rosaknya Umno. Takkan depa tak pernah dengar macamana korupnya Umno. Takkan depa tak pernah dengar macamana kejamnya Umno.
Aku masih boleh berlapang dada kalau ada ulama' yang tak setuju dengan PAS. Aku masih boleh berlapang dada kalau ada Ulama tak suka dengan PAS. Kalau ada yang benci dengan PAS pun aku masih boleh berlapang dada.
Tapi kalau sebab tak setuju dengan PAS, sebab tak suka dengan PAS atau sebab benci dengan PAS depa sanggup bersama dengan Umno, aku tak boleh terima.
Pasainya depa bukannya dalam keadaan mesti berpihak. Depa bukan dalam keadaan mesti pilih salah satu antara dua. Depa masih ada pilihan ketiga. Depa boleh memilih untuk tak berpihak kepada mana-mana pihak supaya depa boleh belasah kedua-dua pihak.
Mungkin aku boleh sikit berlapang dada kalau depa kata tujuan depa masuk Umno untuk memperbaiki Umno dari dalam. Tapi bila kenangkan apa yang terjadi kepada tokoh-tokoh agama yang masuk Umno sebelum ini, aku jadi heran balik.
Takkan deoa tak kenal Ust Nakhaie, takkan depa tak kenal Dr. Abdullah Md Zin, Brig Jen Abdul Hamid Zainal Abidin, Ustaz Firdaus Ismail Al-Hafiz. Takkan depa tak perasan kat mana kedudukan tokoh-tokoh agama tu semua. Takkan depa cukup yakin dengan kekuatan 40 ulama' muda, depa mampu nak baiki Umno.
Mungkin depa takdak masalah untuk kuasai cawangan Umno Dataran Merdeka, tapi untuk menguasai Bahagian Bukit Bintang pun aku langsung tak yakin depa mampu. Mampukan depa nak ubah budaya rasuah dalam Umno. Budaya komisyen pun aku rasa depa tak mampu nak ubah. Dua budaya yang cukup mempengaruhi pemilihan dalam Umno.
Pasainya cukup ramai pemimpin Umno yang hidup atas nama komisyen kalau pun mungkin tak atas nama rasuah. Takkan pemimpin komisyen dan rasuah tu nak tengok saja bila ada orang lain nak lawan depa. Pasainya kalau depa kalah, depa bukan setakat hilang jawatan tapi jugak akan hilang peluang untuk makan komisyen dan rasuah.
Untuk 40 orang ulama' ni boleh memperbaiki Umno depa mesti boleh menguasai sampai ke Pusat. Kalau di peringkat Bahagian pun dah tak boleh lepas, macamana nak menguasai pusat.
Kalau setakat depa nak menasiahat, tak payah masuk Umno pun boleh menasihat. Takkan takdak langsung ruang nak boleh "pegang tangan pemerintah, bersendirianlah dengannya dan sampaikan apa yang ingin kamu sampaikan". Kalau memang takdak peluang, itu maknanya pemimpin Umno sebenar-benarnya tak hormat langsung kat ulama'.
Lagipun, takkan selama ni Dr. Abdullah Md Zin, Brig Jen Abdul Hamid Zainal Abidin, Ustaz Firdaus Ismail Al-Hafiz tak pernah tegur. Kalau depa pernah tegur dan pemimpin Umno tak terima takkan depa nak dengar teguran ulama' muda.
Apa pun, aku cukup setuju dengan apa yang Ust Zul tulis dalam Sauh Dibongkar:
Mari kita menunggu dengan sabar. Kalau mereka semua amanah dengan ilmu masing-masing dan dalam hati mereka terdapat sedinar iman, tunggulah. Hanya ada dua kemungkinan sahaja. Pertama, Umno akan meminggirkan mereka. Atau kedua, mereka akan meninggalkan Umno.
Bukankah mengubah Umno adalah kemungkinan ketiga? Tidak adakah kemungkinan itu? Jawabnya, tidak ada. 40 ulama muda ini boleh terus kekal bersama Umno, serasi dengan Umno bukan kerana mereka berjaya mengubah Umno, tetapi Umno yang mengubah mereka. Harap-harap tidak.
Cenangau Daunkari
Nota kaki
SOALAN MATHS UPSR,PMR,SPM 2010. JGN TERLEWAT!CEPAT!
Promosi percuma Website atau Blog anda di sini
Jom join pay per click pertama Malaysia
Baca Email dapat cash
Media Pengiklanan Baru
Affiliates domain. $0.10 USD for every referal
Iklan text di sini, cuma RM10