SPR tuduh DAP punca lewat umum keputusan - Spr nak tipu sapa? | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Isnin, Mei 17, 2010

SPR tuduh DAP punca lewat umum keputusan - Spr nak tipu sapa?

Kalau boleh aku pinjam kata Tukar Tiub, memang ni lagi satu nak tipu dayak. Agak-agak sikit la pun kalau nak menipu. Biar logik orang dengar.

Malaysiakini melaporkan:

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menolak dakwaan DAP bahawa mereka sengaja melengah-lengahkan pengumuman keputusan undi pos pilihan raya kecil kerusi Parlimen Sibu malam semalam.

Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof, berkata ejen parti itu sebenarnya yang telah menghalang pegawai suruhanjaya itu daripada membawa keluar peti undi pos yang sudah dikira di Tingkat 9, Wisma Sanyan, untuk dibawa ke Dewan Suarah Sibu, kira-kira tiga kilometer dari situ, untuk penjumlahan undi.

Berikutan itu, katanya, penolong pegawai pengurus pilihanraya yang mengendalikan urusan pengiraan undi pos terpaksa memanggil polis untuk mengawal penyokong parti berkenaan.

"Inilah kali pertama saya melihat keadaan seperti ini berlaku selain pegawai-pegawai kerap diganggu ejen parti," katanya. - Malaysiakini
Kalau betui la pun memang ada ejen parti Dap halang undi pos dibawa ke tempat penjumlahan undi macam yang SPR dakwa, takkan  ambik masa sampai dua jam.

Takkan ejen Dap tu halang guna pistol kut. Kalau guna pistol pun apa masalah sangat. Kan ka kat Sibu masa tu ada beribu polis, takkan tak boleh bagi selesai. Takkan takdakpolis yang macam kat semenanjung yang memang hebat guna pistol. Lagipun Pegawai Spr pun ramai kat sana.

Lagi satu, pusat penjumlahan undi tu cuma buat penjumlahan undi, bukan tempat nak kira undi sehelai-sehelai. Prosidur dah cantik dah. Benda ada borang 14 dan 15. Kalau proses pengeluaran borang-borang tu memang ikut peraturan sejak dari pusat mengundi, takdak sebab ada pihak nak marah, takdak sebab ada pihak boleh tak puas hati.

Aku yakin, ada pegawai Spr yang bertindak lebih dari ejen BN sendiri pasai nak pastikan calon BN menang. Pasai tu la ejen Dap dan penyokong Pakatan Rakyat marah.

Malaysian Insider ada laporan lebh terpeinci kat sini.

Nota kaki makan cekam:  Satu lagi projek tipu melayu. Kali ni Dayak dan melanau pun kena tipu.

Jom join pay per click pertama Malaysia
Baca Email dapat cash
Media Pengiklanan Baru
Affiliates domain. $0.10 USD for every referal
Iklan text di sini, cuma RM10

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...