Cerita Rasuah Pasir Selangor kian menarik. | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Isnin, Mei 17, 2010

Cerita Rasuah Pasir Selangor kian menarik.

Kalau sebelum ni berlaku cabar mencabar antara MP Kapar, S. Manikavasagam dengan MB Selangor dan pihak Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB), syarikat milik kerajaan negeri. Semalam, kes ni jadi semakin menarik.

MP Kapar dalam weblog dia menulis:
I’m very much disappointed with Selangor Menteri Besar’s Statement over Red Paint Splash incident. He was quoted to have said “ I have age told YB Manikavasagam that when you accuse somebody, they too will retaliate, and you will have to face the consequences.

For general public , it could just meant a piece of advise be careful don’t simple fire the gun. In other way, it almost meant “I’m happy that someone had taken revenge against you , while your life and your family’s doesn’t matter to ruling State Government.” Your life as Member of Parliament though from same party is not important to us as long as our cronies are well protected and taken care. - MPKapar
Sebelum ni mStar melaporkan:
KLANG: Ahli Parlimen Kapar dari Parti Keadilan Rakyat (PKR), S Manikavasagam mendapati dua kereta miliknya dan isteri yang diletak di rumah di Meru disimbah cat merah pagi semalam.

Satu kertas bersaiz A4 bermesejkan ugutan bunuh dikepilkan pada salah satu beg berisi cat tersebut.

Mesejnya berbunyi: "Jangan campur issue pasir. You mati.”

Manikavasagam berkata tiga beg berisi cat merah dibaling dari luar ke anjung dan mengenai dua kereta itu. mStar

Lebih menarik lagi bila Utusan melaporkan MB Selangor berkata:
Ahli Parlimen Kapar, S. Manikavasagam perlu bersedia untuk berhadapan dengan tindak balas berikutan dakwaan beliau wujud amalan rasuah dan penyelewengan anak syarikat kerajaan negeri Selangor, Kumpulan Semesta Sdn. Bhd. (KSSB) bagi kegiatan melombong pasir.

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, beliau telah memberitahu Manikavasagam mengenai perkara itu baru-baru ini.

''Ahli-ahli Parlimen pakatan pembangkang perlu berdisiplin dan apa sahaja yang dibuat akan dinilai oleh orang ramai tetapi kita mempunyai hak untuk bercakap untuk rakyat.

''Saya juga memberitahu Manikavasagam bahawa sebaik sahaja beliau membuat dakwaan kepada orang, maka perlu berhadapan dengan tindak balas dan dia perlu bersedia untuk berhadapan dengannya," katanya. - Utusan
Bila fikir-fikir balik, nampak macam ada yang tulis skrip untuk 'drama' ni. Aku nampak macam ada pihak yang cuba sekurang-kurangnya tulis balik skrip drama ni untuk panaskan lagi isu ni dan nampak jelas motif utama nak memburukkan Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor.

Depa bukan saja nak gambarkan yang Kerajaan Selangor terlibat rasuah tapi jugak terlibat dengan gangsterism. Masalahnya macamana cara Selangor nak buat nak kurangkan 'control damage'?

Nota kaki makan cekam:  Penduduk di Sibu mungkn tak percaya tapi penduduk di Selangor macam di Hulu Selangor masih ramai yang akan terima bulat-bulat.

Jom join pay per click pertama Malaysia
Baca Email dapat cash
Media Pengiklanan Baru
Affiliates domain. $0.10 USD for every referal
Iklan text di sini, cuma RM10

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...