PAS secara rasmi dah pun menafikan fitnah tu. Cikgu Pa dan Ust Idris sebagai antara pimpinan utama PAS utama mengaku langsung takdak maklumat pasai GMC tu sebelum ni. Kalau Cikgu Pa dan Ust Deris pun taktau tak heran la kalau orang PAS macam aku yang bukan sapa-sapa ni langsung taktau.
Aku,dalam bab-bab yang aku taktau macam ni, ambik pendekatan macam yang selalu aku ambik. Cerita kalau panjang sedepa paling kurang pun takat seinci mesti ada punya. Kalau cerita fitnah pun paling kurang mesti ada asasnya walaupun sikit. Kalau langsung takdak asas sapa nak percaya fitnah tu. Tak kira la kalaupun asas yang sikit tu pun orang yang buat fitnah tu yang ujudkan.
Maksud aku, aku percaya memang ada orang yang dapat duit kalaupun mungkin tak sampai 4juta. Mungkin betui bukan duit PAS tapi tak mustahil ada orang PAS atau paling kurang pun orang yang simpati dengan perjuangan PAS yang bagi duit tu. Kalau pun mungkin bukan tujuannya nak jatuhkan Paklah semata-mata tapi tentu punnya tujuan akhirnya nak jatuhkan Umno BN.
Tapi, kalau yang bagi duit tu orang Umno yang marah kat Paklah, memang aku tak heran. Nak heran apa korperat Umno kalau takat 4juta untuk jatuhkan PakLah kalau depa yakin dengan jatuhnya Paklah depa boleh kaut berlipat kali ganda dari tu.
Apa pun, aku berani bagi jaminan kepada semua orang yang pernah bagi sumbangan kepada PAS terutamanya golongan marhaen yang sentiasa hulur seringgit dua masa ceramah PAS, kutipan duit yang PAS buat langsung tak terlibat dengan fitnah tu. Langsung tak logik PAS nak belanjakan 4juta nak bagi kat satu syarikat dengan tujuan khusus semata-mata nak burukkan imej Paklah.
Kalau betui PAS boleh 'bermewah' sampai macam tu, lagi banyak tempat lain yang lebih tinggi darjah 'awlawiyat' nya yang patut lebih diutamakan. Kalau betui ada peruntukan 4juta tu untuk kerja saraf, tak payah bagi kat GMC, jentera saraf PAS yang sedia pun mampu buat. Orang yang tak biasa bekerja dengan jentera saraf PAS mungkin akan anggap jentera saraf PAS koman, tapi sebenarnya jentera saraf PAS mampu buat, termasuk benda-benda yang depa tak terfikir jentera saraf PAS sanggup buat.
Kalau nak kira, peluru isu 4juta ni memang langsung tak kuat, mungkin lebih sesuai kalau dilabel sebagai isu 'bangang'.. Sepatutnya isu-isu macam ni takdak masalah langsung PAS nak hadapi. PAS memang mudah-mudah boleh jawab isu 'bangang' macam ni. Tapi pasai apa jentera Umno BN sugguh-sungguh jaja isu ni. Sebabnya, dengan realiti yang ada hari ni, isu taraf ni pun dah cukup untuk Umno BN bagi PAS nampak busuk.
Dengan kekuatan jentera propaganda yang Umno BN ada ditambah pulak dengan kelemahan di pihak PAS, isu 'bangang' macam ni pun dah cukup. Walaupun PAS memang berupaya nak menjawab tapi Umno BN cukup yakin dan PAS pun sedar, akhirnya isu ni akan untungkan Umno BN pasainya sampai hari ni, PAS masih tak berjaya ujudkan kaedah penyaluran maklumat yang boleh sampai kepada seluruh rakyat Malaysia.
Dengan menggunakan saluran Utusan dan TRM saja pun dah mampu buat tuduhan yang didengar oleh kepada hampir seluruh rakyat Malaysia manakala PAS masih 'terpaksa' menggunakan saluran ceramah untuk menjawab tuduhan tersebut, walaupun PAS sendiri sedar khalayat ceramah PAS hanya dari kalangan ahli dan penyokong PAS yang hampir semuanya tak percaya langsung kalau ada ftnah dari suratkhabar dan TV yang Umno BN kuasai.
Apa pun, pada aku sapa-sapa yang percaya PAS bagi 4juta kat GMC semata-mata nak perburuk PakLah, memang orang tu bangang. Memang sesuai la dipanggil bangang kalau percaya fitnah yang tak logik macam tu. ⊗
Nota kaki
Jom join pay per click pertama Malaysia
Baca Email dapat cash
Media Pengiklanan Baru
Affiliates domain. $0.10 USD for every referal
Iklan text di sini, cuma RM10