KUALA TERENGGANU, 18 Mei: Kemenangan calon DAP yang mewakili Pakatan Rakyat dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Sibu pada 16 Mei lalu menjadi penanda aras ke arah Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 nanti, kata Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali (gambar).Kebarangkaliannya tetap ada, dan pada aku cukup tinggi. Kalau nak bagi soheh lagi kena ada satu lagi PRK belah Sarawak ni. Kalau PR menang lagi aku yakn BN akan buat PRU sekali dengan PRU Sarawak.
PAS, katanya meramalkan PRU 13 bakal diadakan paling cepat berlaku pada bulan April 2011 yang disekalikan dengan pilihan raya negeri Sarawak.
“Saya yakin dengan perkembangan yang berlaku ini, pilihan raya Sarawak akan dilewatkan sikit.
“Saya lihat, tidak mustahil PRU ke-13 akan datang pada April 2011 tahun depan dan disekaliguskan dengan pilihan raya di Sarawak. Biasanya, diadakan secara berasingan tetapi barang kali akan disekalikan,” jelasnya.
Beliau berkata demikian pada satu sidang media di Pejabat PAS Terengganu, di sini, hari ini.
Menurutnya, pilihan raya umum di negara ini tidak pernah diadakan kurang daripada tiga tahun yang genap pada Mac 2011.
Jelasnya, teori beliau mengenai PRU 13 diramalkan berlaku serentak dengan pilihan raya di Sarawak bagi mengelakkan tekanan kepada Barisan Nasional (BN).
Ini kerana, katanya jika diadakan pilihan raya Sarawak sahaja tekanan cukup hebat kepada BN yang bimbang bakal menerima nasib kekalahan seperti di Sibu.
“Pakatan Rakyat boleh menang jika pilihan raya dibuat di Sarawak sahaja berdasarkan perkembangan di Sibu. - Harakahdaily
Satu lagi sebab yang kuat jugak pasai apa BN kena buat PRU sekali dengan PRU negeri Sarawak pasai Umno dah takdak buit, bukan takdak tapi tak banyak macam dulu.
Kalau ada pilihanraya berasingan peringkat persekutuan dan negeri di Sarawak maknanya kena belanja 2 kali. Banyak modai nak kena keluar. Walaupun mungkin masa tu dah ada duit balik pasai Vincent Tan dah mampu pam duit masuk tapi banyak mana sangat.
Tambah pulak penangan kekalahan Sibu ni, Muhyiddin janji akan tunaikan jugak semua janji BN walaupun kalah. Janji BN ni kalau tak ditunaikan aku yakin kali ni akan makan diri, maksud aku, akan menjukarkan BN sendiri.
Kata la pilihanraya tak dibuat sekali. Mula-mula dibuat pilihanraya negeri. Dah tentu masa tu banyak lagi janji yang Umno BN kena buat. Tak kira menang atau kalah, Umno BN kena tunaikan janji tu pasai tak lama lepas tu akan ada lagi pilihanraya peringkat Parlimen pulak.
Kalau janji masa pilihanraya negeri Umno BN tak tunai, besar kemingkinan masa pilihanraya peringkat parlimen pengundi takkan percaya lagi denganjanji Umno BN dan akan sokong Pakatan Rakyat.
Dengan kata lain, Negeri Sarawak mungkin BN masih mampu memerintah tapi Kerajaan Persekutuan besar kemungkinan akan dirampas oleh Pakatan Rakyat pulak.
Jadinya,mau tak mau,jentera Pakatan Rakyat nak kena adjust balik. Kena susun progress supaya jentera pilihanraya cukup bersedia untuk hadapi kemungkinan PRU pada bulan April 2011 bukan lagi pada tahun 2012 macam ramai yang agak sebelum sebelum ni.
Berkaitan
Nota kaki
Jom join pay per click pertama Malaysia
Baca Email dapat cash
Media Pengiklanan Baru
Affiliates domain. $0.10 USD for every referal
Iklan text di sini, cuma RM10