MalaysianInsiders melaporkan :
Mengulas lanjut, Manikavasagam berkata, beliau membuat keputusan itu selepas mengadakan perbincangan dengan Ketua Umum Pakatan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim dan beberapa pemimpin kanan parti itu di Ibu Pejabat PKR hari ini.Dalam pada tu, S. Manikavasagam jugak mengesahkan ada beberapa pihak menghubungi dia termasuk salah seorang bekas pimpinan PKR yang suruh dia lompat keluar dari PKR dan jadi calon bebas yang sokong BN macam beberapa anggota Parlimen dan Adun PKR sebelum ini.
Ketika ditanya sama ada beliau akan menghadiri sesi pendengaran Selcat bulan depan, “jika saya dipanggil, saya akan hadir.” - MalaysianInsider
Harakahdaily melaporkan:
"Jangan membuang masa dengan menelefon atau berjumpa saya," nasihat anggota Parlimen Kapar, S Manikavasagam kepada pihak yang cuba untuk melagakan beliau dengan pucuk pimpinan PKR atau kerajaan negeri Selangor.Pihak Kumpulan Semesta Sdn Bhd yang sebelum ni nampak 'garang' bagi tempoh 48 jam pada Jumaat lepas kepada S. Manikavasagam supaya tarik balik dakwaan dan mintak maaf, cuba 'main selamat' walaupun tempoh 48 jam tu dah lama habis.
Ini kerana, katanya, beliau akan sentiasa bersama dengan pucuk pimpinan dan taat setia kepada PKR.
"Pendirian saya adalah sama dengan pendirian parti iaitu untuk menghapuskan segala bentuk gejala rasuah," kata Manikavasagam atau lebih dikenali dengan Mike dalam satu kenyataan ringkasnya. - Harakahdaily
MalaysianInsiders melaporkan:
“Buat masa sekarang kami tidak akan memberi sebarang komen mengenai apa-apa yang berkaitan dengan Kumpulan Semesta.Aku yakin, nak tunggu sampai tarikh 2 Jun, akan ada lagi 'benda-benda menarik' berlaku berkaitan isu ni. Pasainya aku yakin isu ni isu yang besar dan melibatkan banyak pihak. Jadinya akan ada pihak-pihak yang terlibat akan cuba buat sesuatu dalam usaha untuk 'melepaskan diri'.
“Minta maaf kami tidak mahu cakap apa-apa,” kata jurucakap itu dihubungi itu.
Apabila diminta untuk bercakap dengan Pengarah Eksekutifnya, Ramli Abd Majed, jurucakap tersebut memberitahu beliau sedang bermesyuarat.
“Beliau menghadiri mesyuarat di luar dan saya tidak tahu sama ada beliau akan masuk ke pejabat kembali.
“Lagipun beliau juga tidak akan memberikan sebarang komen mengenai perkara ini,” kata jurucakap itu lagi. - MalaysianInsider
Harapan aku, Kerajaan Selangor dapat mengatasi isu ni sebaik mungkin dan yang lebih penting isu ni diselesaikan dengan penuh keadilan dan ketelusan, biar boleh jadi contoh untuk kes-kes lain yang mungkin akan timbui di masa depan.
Nota kaki
Jom join pay per click pertama Malaysia
Baca Email dapat cash
Media Pengiklanan Baru
Affiliates domain. $0.10 USD for every referal
Iklan text di sini, cuma RM10