Nanti dilihat sebagai 'rasuah politik' pulak - Ust Azizan | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Ahad, Mei 09, 2010

Nanti dilihat sebagai 'rasuah politik' pulak - Ust Azizan

Aku baru terbaca satu artikel menarik yang Setpol MB Kedah, Sanusi Md Noor tulis. Walaupun aku memang mengharapkan PAS boleh buat macam tu tapi aku ada sikit kurang yakin pada 'kemampuan' dalam melaksanakannya.

Harap-harap jadi PRK di Kota Seputih dan apa yang Sanusi tulis tu memang benar-benar Ust Azizan kotakan. KAlau benda macam tu PAS Kedah mampu buat, aku yakin, insyaallah 'bantuan dari langit' akan lebih banyak turun.

Artikel menarik dia tu berbunyi:

PAS tidak akan menggunakan kerajaan negeri untuk kepentingan parti! Ini sudah ditegaskan oleh YAB MB sejak awal lagi. Ada beberapa permohonan bantuan dari Kota Siputeh selepas kerusi itu diistiharkan kosong oleh mahkamah, antaranya permohonan memperbaiki dewan dan pagar sebuah sekolah cina di situ. MB dengan tegas menjawab, kita akan beri, tapi tunggu lepas pilihanraya, nanti dilihat sebagai 'rasuah politik' pulak.
.
YAB juga mengarahkan program Pemimpin Bersama Rakyat yang dijadualkan di Jerlun dibatalkan, buat di daerah lain. Nanti orang tuduh kita guna kedudukan sebagai MB dan Exco untuk kempen untuk PAS. Kita akan guna jentera parti sepenuhnya kalau berlaku PRK di Kota Siputeh. Kita menang dulupun bukan ada jentera kerajaan tolong kita. Kalau rakyat marah, gunalah jentera kerajaan samahunya macam BN dulu, depa kalah juga.
.
Sampai sekarang, walaupun kerajaan negeri sudah berpendirian bahawa kerusi itu kosong, tak ada sebarang projek segera dibuat di sana, selain daripada projek yang sudah diluluskan dalam Perancangan Plan Pembangunan Daerah, mengikut prosedur biasa.
.
Saya percaya, Malaysia akan melalui satu dimensi baru berparti politik andainya berlaku PRK di Kota Siputeh. Alangkah baiknya kalau berlaku jentera parti lawan jentera parti dalam PRK itu nanti, PAS Kedah sudah bersedia ke arah itu, BN bagaimana? - SanusiSetpol
Pasainya seingat aku, PRK Manek Urai, tindakan PAS Kelantan macam kurang menjiwai semangat kefahaman semacam tu.    ⊗
Nota kaki makan cekam:  Masalahnya, ramai 'ahli bilik gerakan' yang suka guna alasan 'tipudaya masa perang' untuk berbeza strategi  :|


Jom join pay per click pertama Malaysia
Baca Email dapat cash
Media Pengiklanan Baru
Affiliates domain. $0.10 USD for every referal
Iklan text di sini, cuma RM10

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...