Malaysiakini melaporkan:
su melibatkan kedudukan Tan Sri Khalid Ibrahim tidak timbul, kata presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail.Teruk tak teruk isu tu sampai ada yang bawa khabar angin yang kata Azmin Ali dah tak boleh tengok muka Khalid Ibrahim.
Katanya parti itu tidak bercadang untuk menilai semula kedudukan Khalid, yang kini dikatakan tidak dapat bertentang mata dengan timbalan presiden Mohd Azmin Ali.
Dalam ucapan dasarnya di kongres parti itu hari ini, Wan Azizah juga memuji kebolehan Khalid dalam menerajui Selangor.
Wan Azizah berkata, Khalid mempertahankan prinsip ketelusan dan akauntabiliti dengan mengenepikan amalan rasuah dan pembaziran. - Malaysiakini
Kata khabar angin tu lagi, Azmin Ali tak puas hati pasai Khalid tak setuju nak gunakan kelebihan yang Selangor ada untuk memperkuatkan PKR, maksudnya benda-benda yang melibatkan kuasa dan kewangan.
Malaysiakini dalam artikel lain melaporkan:
Dewan di Kelantan Trade Centre, Kota Bharu itu juga gamat seketika apabila wakil Melaka itu bertindak 'mencuit' Tan Sri Khalid Ibrahim yang juga menteri besar Selangor.Pada aku khabar angn tu kalau betui dan bila dibaca sekali dengan ucapan perwakilan Melaka tu,jelas nampak PKR belum mampu lagi dari tabiat buruk Umno BN.
Beliau mempertikaikan mengapa pemimpin parti yang kurang berkelayakan akademik tidak dipertimbangkan untuk memasuki anak syarikat dan kerajaan tempatan.
"Apa salahnya negeri Selangor melimpah ruahkan rahmat yang allah berikan kepada penyokongnya.
"Kita ada berapa anak syarikat negeri Selangor. Kita ada berapa pimpinan profesional? ...kenapa kita tidak lantik mereka?
"Adakah di Selangor ini rakyatnya berdosa bila jadi ahli PKR?
"Saya sedih apabila ada kenyataan yang dikeluarkan itu menyinggung perasaan -- Eh kamu nak masuk politik cari degree dululah. Kalau kamu SPM tak layaklah'." katanya.
Tambahnya, Selangor sepatutnya mencontohi Majlis Perbandaran Alor Gajah, Melaka yang mampu melantik serama empat orang pegawai seranta.
"Kenapa kita tidak boleh tolong ahli kita? Apakah kita ini pengamal rasuah? Apakah kita ini penyeleweng? Jangan anggap ahli kita ini semua penjenayah," katanya.- Malaysiakini
Maksud aku,tabiat buruk yang buka ruang untuk KKN. Kronisme, Korupsi dan Nepotisme
Walau bagaimanapun pada aku semua tu masih khabar angin...
Nota kaki
Jom join pay per click pertama Malaysia
Baca Email dapat cash
Media Pengiklanan Baru
Affiliates domain. $0.10 USD for every referal
Iklan text di sini, cuma RM10