Keluhan Aktivis Unit Amal | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Isnin, Mei 31, 2010

Keluhan Aktivis Unit Amal

Keluhan Aktivis Amal


Masa susah, masa belum menang, Unit Amal atau nama baru Jabatan Amal yang menjadi balaci, menjadi kuda, menjadi perisai kepada semua orang yang perlukan perkhidmatan Unit Amal berselindungkan dibawah nama khidmat masyarakat dengan selogan Amal kerana Allah. Ada yang pecah kepala kena belasah dengan FRU, masuk lokap, bermandikan hujan asid, hujan panas dan dihujani pujian bila bejaya, padahal hujan itu sekatika sahaja.

Apabila sudah menang, sudah mengecapi kemewahan, sudah ada kereta dua, rumah dua, bini dua dan sekarang ini hendak menduakan Unit Amal atau Jabatan Amal. Sudah ada suara hendak menubuhkan NGO’s seperti Unit Amal, padahal parti sahabat dalam PR sedang belajar dari Unit Amal cara menguruskan organasasi . Tak salah nak tubuh NGO’s apa pun tapi pandanglah apa yang ada, atau pandanglah ke dalam dahulu. Betapa susahnya kendak menubuhkan, menguruskan dan menjaga kebajikan aktivis-aktivis tersebut.

Aktivis Amal ini sedia berkhidmat di kala susah atau senang, pagi petang, siang malam, ribut taufan, hujan banjir, tanah runtuh, gerak gempa . Apabila ada kejadian ini tanpa segan silu Unit Amal akan hulur tangan untuk tolong apa yang patut walaupun dengan tangan kosong. Tetapi ada siapa yang tanya poket kamu ada isi, mai dengan apa, tidok kat mana, bawa alat apa nak tolong, kalau ada pun dua tiga kerat saja. Unit amal pasai makan tidok tak kisah sangat, tetapi kebajikan mereka dan keluarga mereka harus diperhatikan. Bukan senang nak menguruskan Unit Amal dan Kebajikan Unit Amal itu sendiri.

Itu cerita masa belum menang, masa naik proton saga model lama, naik van c 20 ramai-ramai pi dengar ceramah. La ni pakat naik Mercedez, Harrier, Honda CRV, dah tak pandang lagi Proton buatan Malaysia.

Depa tak pandang lagi kebelakang, masa belum menang dan mewah. Tak pandang lagi Aktivis yang dok usung dia masuk lecah, masuk ayaq acaq, rayu undi untuk menang.

La ni kumpulan aktivis ini kena cari makan sendiri untuk menguruskan kumpulannya, cari sendiri untuk menjaga kebajikan ahlinya sendiri. Cari duit sendiri untuk tambang pi mahkamah, cari duit sendiri pi mengurut pinggang bekas kena tendang dengan FRU. La ni kummpulan tersebut terpaksa buat funfair, cara baru untuk cari duit, jual beli besi buruk dan anjurlah majlis makan malam. Memang semuanya baik, beramal kerana Allah.

Bila buat majlis tersebut, mintalah sedikit sumbangan dengan cara terhormatnya menjemput hadir, bersurat, berkupon, jual meja dan sebagainya. Tetapi malangnya sifat manusia, macam-maccam helah diterima. Sibuklah, tarikh tak sesuai, tak ada masa, ada luar negeri, kat Langkawi ye pun. Yang paling menyedihkan jawapan diterima, ye ke ada majlis, bila hantar surat, tak terima pun, lambat sangat, nanti p.a tengok ada ka terima, cara kamu tak protokol la. Zaman canggih mana surat hilang dan tak sampai, kalau posmen cari tak jumpa dia pulang balik. Mereka ini tak pandang belakang, lupa slogan negara berkebajikan, dan kebajikan ahli-ahli yang perlu diutamakan.

Sumber: PenarikBeca

Aku nak sambung sikit ja. Masa Perak nak jatuh tu, kami Bloggers Network Perak (BNP bukan BPN!!!) berkampung sama di rumah rasmi MB. Aku ada jugak beberapa kali bersembang dengan ahli Unit Amal yang berkawal kat situ.

Yang paling aku ingat aku ada bersembang dengan sorang brader, dari belah Gerik kalau tak silap. Dia kata dia baru balik semalam. Pagi tu pi la menoreh pasai dah 3 hari tak menoreh. Masa tengah menoreh tu dia tebayang muka kawan-kawan yang dah dekat seminggu tak balik rumah. Dia terus balik walaupun baru berapa batang pokok ja dia sempat toreh. Balik rumah, kemas baju, terus ambik bas turun Ipoh. "Tak boleh tahan bang. Duduk sini senang hati, apa-apa jadi, senang" dia kata.

Masa dia cerita tu aku tengok jugak muka brader tu, saja nak nilai kut2 boleh baca ada riak-riak bangga ka. Tapi aku rasa riak muka tu antara riak muka paling ikhlas yang pernah aku tengok.

Nota kaki makan cekam:  Aku harap ada dari kalangan DPPNPk yang baca keluhan ni. Aku taktau apa serita sebenar, tapi aku harap keluhan ni boleh dijadikan panduan kalau nak difikir semula keputusan yang dah dibuat. Mungkin sejarah masa PRK BKt Gantang boleh dirujuk sama.

Promosi percuma Website atau Blog anda di sini
Jom join pay per click pertama Malaysia
Baca Email dapat cash
Media Pengiklanan Baru
Affiliates domain. $0.10 USD for every referal
Iklan text di sini, cuma RM10

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...